Masih hujan di luar jendela kamar kerja. di atas meja ada Rindu Ibu (A Samad Said, 2006). saya suka buku ini dan puisi Pak Samad lainnya, menghidang kata-kata biasa tapi menyua makna yang dalam. antaranya "air" ... air kembali/kepada langit/air turun/ke perut bumi/begitu tabii/alam berkait/bagitu pegun/menguji hati. di luar masih basah, alangkah kalau ada bunga di cermin kereta ketika saya tiba di parkir sebentar nanti...

Comments

MOHD SAIDI said…
ASSALAMUALAIKUM DR MAWAR..
Apa khabar?

bagaimana hendak menjana idea menulis cerpen supaya cerpen yang hendak dihasilkan berlainan daripada orang lain?
Mawar said…
Salam Saidi,
terima kasih kerana singgah. seperti yang selalu saya kata dalam kuliah, lihat suatu dengan mata yang berbeza, nanti akan terhasil tulisanmu yang segar dan 'baru'. cuba ya!
MOHD SAIDI said…
terima kasih dr..

saya akan lakukannya seperti yang dr. Mawar beritahu.
ilHAm UyAIsHa said…
salam dr mawar,

saya akui setiap wanita mampu dihiburkan hanya dengan sekuntum bunga. tidak semestinya ros merah. sekadar memberikan kecerian di kala hati sedang berduka. sambil itu, jemput singgah ke blog saya www.ilham-uyaisha.blogspot.com

with a bunch of roses,
siti aisyah
Anonymous said…
ASSALAMUALAIKUM DR MAWAR..

lama sudah tidak singgah blog dr mawar. saya sentiasa tertarik untuk megunjungi blog dr.menarik sangat dengan suasana blog yang menarik.saya baru menyiapkan blog dr. nanti saya jemput dr singgah di blog saya.saya harap dapat menjadi punulis satu hari nanti dr..

zali 7787
Mawar said…
Aisya,
saya sudah ke laman awak. tahniah!