Ibu mertua saya yang baik membekalkan pisang barang sesikat dari kebun. Teringatkan tarikh roti di dapur yang luput semalam, cepat saya membaur pisang, membasahkan baki roti dengan sapuan nipis mentega. Kemudian saya rendamkan susunan pisang dan roti, dalam 2 biji telur yang sudah siap dibancuh dengan susu 600ml, gula enau dan sedikit vanilla. Hasilnya... wah dapur saya begitu harum dengan aroma puding pisang-roti yang dibakar. Di lapisan atas tidak lupa saya tabur anggur kering dan serbuk kayu manis. Enak sekali minum petang saya hujung minggu lalu, apalagi sambil melihat hujan turun di atas daun-daun di taman. yuk!

Comments

jamiah said…
Salam Kak Mawar,

Lembutnya bahasa. Menulis sambil tersenyum ya? :)
Mawar said…
Salam Jamiah yang manis,
terima kasih kerana singgah. wah, pandai mengusik ya? bagaimana cerpen tempohari? sudah dikirim ke mana2?
jamiah said…
Manis-manis si gula batu, manis lagi Mawar di taman. :)

Cerpennya masih diperam, belum cukup masak dan berkhasiat untuk dihidangkan.
umi_e said…
salam dinda mawar :D

bila2 free singgahlah kat 'dapur' kak e ya... ada 'award' kak e nak share di sini :)
Mawar said…
Kanda E,
akan singgah sebentar nanti...sediakan makanan yang enak2ya!
sarah said…
assalamualaikum dr.mawar

Selamat menyambut hari jadi..
Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat dan dilimpahkan rezeki..

semoga dr berjaya dalam lapangan hidup yang dr ceburi..

(sarah razak dan rakan-rakan)
Mawar said…
Salam Sarah dan kawan-kawan,
terima kasih atas ingatan dan doa. saya amat menghargainya.
belajar rajin-rajin!