Saya pernah mendengar antara mukjizat al Quran yang dapat kita rasakan sehingga hari ini ialah sekali mata jatuh ke atasnya, tangan akan segera mencapai, suara seakan tidak mahu henti daripada mengaguminya dan cinta akan terus tumbuh di hati. maha suci Tuhan! moga Allah kekalkan hati saya menyintai ayat-ayat kudus-Nya. moga Kitab ini terus menjernih jiwa dan membikin rasa yang luhur dalam dada. saya mahu selalu bersamanya sampai bila-bila! (al Quran yang saya bawa ke mana-mana ini adalah pemberian sahabat lama, Raihan, ketika ke tanah suci. Semoga kehidupan baru yang kau pilih merupakan penghijrahan terbaik. An, Bukankah DIA yang menghilangkan segala dukacita... al faathir: 34).

Comments

Anonymous said…
salam...

Kecil je pemberian tu, Mawar, tak sangka sebesar itu penghargaannya...terima kasih kerana menghargai..

Raihan
Mawar said…
Salam An
bukankah setiap apa yang diberikan sahabat adalah hadiah istimewa? apa lagi apa yang diberi itu terus meluhur, memberkati dan membersih usia... terima kasih sahabat!
Anonymous said…
kak mawar, salam ziarah.
seronok tengok muka kak mawar, jadi tenang. itulah berkat orang mencintai al-Quran

ummu hani
www.hanihassan.blogspot.com
Mawar said…
Salam Hani yang manis
terima kasih kerana hadir dalam hidup saya sebagai adik yang selalu mahu disayangi... izin kakak letakkan nama blog Hani di sini ya...