Lukisan sentiasa merakam seribu rasa yang tidak terucap dan tertulis. Maha Suci Tuhan yang menjadikan seninya tangan manusia yang dapat menggaris rasa dan mewarna apa yang terakam dalam baris kata. (www.imanmaleki.com). Penyair @ mahaguru saya menulis, palitannya meraut licin kulit/tapi intinya harus sengsara/kerana padanya ada cakerawala/sedalam sejarah./ baik begitu dia menyimpul,/derita diri pada usia lima puluh,/dan dunia juga tidak diikat benang/cantik dan erat sayang/tidak ditemui bahagia/yang terlukis suatu makna/dalam jalur-jalur jelaga. (Muhammad Haji Salleh, "Pelukis", Watak Tenggara, 1993: 30-31).

Comments

Anonymous said…
salam kak mawar

mungkin kak tak ingat saya tetapi kita selalu solat sama-sama di surau SIGS dan juga tunggu bas sama-sama dulu kat lorong bawah sekolah tu, way back in 1990 (ingat tak dulu, biasanya kita 3 orang je yg solat zohor kat sekolah (kak mawar, saya dan kak nurul ain)
terjumpa blog akak dan sebenarnya sedang mencari karya akak untuk bacaan
Mawar said…
Salam Jas
terima kasih "cari" kakak. sangat menghargai. rasanya masih ingat. tolong emel kakak ya, mawarshafie@yahoo.com. kita sambung cerita lama!
Anonymous said…
Salam dr mawar,
Saja singgah di sini. nampak tenang dan mengembalikan memori lama. Tahniah kerana telah ada blog!
Anonymous said…
salam kakak
moga sejahtera selalu. apa khabar? walaupun kita satu pusat kadang tu jarang jumpa. pai nampak sedap, kalau ganti isinya dengan manisan boleh tidak? yus suka manis-manis tapi bahaya untuk kesihatan. terima kasih banyak sebab sertakan resepinya dalam blog.
Mawar said…
Salam Yus
terima kasih kerana suka resepi quiche tu. boleh! tentu saja boleh ganti intinya dengan pelbagai rasa lain. bukankah masakan juga kerja seni! selamat memasak ya!
Nazhatulshima N said…
Salam,

Kini bertemu di alam maya selepas pertemuan kedua kalinya sejak berbelas tahun yang lama.

Apakah agaknya perlambangan pertemuan semula ini?

Mungkin akan hanya terhurai dengan penciptaan sebuah cerpen yang tertangguh.
Mawar said…
Salam Shima
bukankah keindahan yang luar biasa bila sahabat lama dapat berdakap semula? ya, semoga dapat dirakam nota-nota dalam blog menjadi cerita nan manis dalam cerpenmu nanti.saya tunggu!
Mawar said…
Lin,
terima kasih atas persahabatan. nanti kita raikan pada hujung februari menjelang!
Anonymous said…
Salam Dr Mawar,

Terima kasih kembali. Ya, tentu sekali kita boleh berkongsi kegembiraan setiap kali hujung februari menjelang.