Posts

Image
MHS Saya ada menulis  dalam buku ini sebagai antara ribuan anak murid MHS. Sebenarnya saya sudah lupa apa yang saya tulis dan buku ini pun masih belum dapat di tangan saya. Ia tersesat ke rumah orang lain. Ia projek lama almarhum sahabat saya, RZ. Saya merenung lama kulit buku ini. MHS sepintas lalu seperti Clark Kent. Ya si Superman. MHS memang Superman sejak saya mengenalinya hampir tiga puluh tahun lampau. Superman yang banyak budinya.  Clark 
Image
Semasa berada di NTU, saya belajar adab perhubungan sosial yang baik. Setiap emel harus disahut pada hari yang sama, sesegera mungkin. Telefon tidak harus berdering panjang. Usah biar pemanggil menunggu lama. Bermakna semua tidak harus dibiarkan saja. Maka saya faham apabila tidak diambil perhatian akan setiap pertanyaan atau kenyataan dalam kotak whatsapp dsb. Pertanyaan dan kenyataan yang dibiarkan seperti angin yang datang dan pergi. Tidak langsung berjejak agaknya. Tidak langsung dipeduli jenguk tinggalnya. Tidak jarang saya menebak, adakah ia satu penafian. Atau ia hanya ingin membuat saya geram dan menjadi puting beliung. Kemudian lebih membikin saya menjadi ribut taufan, apabila pertanyaan dan kenyataan yang tidak berjawab itu bertukar menjadi nada bujukan.  Akhirnya saya  didatangi angin nyaman, seperti berada di perkebunan teh usai hujan petang. 
Image
Sejak kecil, sebagai satu satunya anak, saya bukanlah jenis stereotaip yang mendapat semua yang saya hajatkan. Itu hanya mitos. Mengapa? Sebab saya tidak pandai meminta. Namun daripada itu, saya sering berharap hasrat saya dapat difahami dan dapat terdengarkan. Saya membayangkan dapat dibaca permintaan saya antara baris.  Sub-consciousness. Sangat. Tapi jarang ia terpenuh. Malang. Saya sering menunggu-nunggu di pintu, di kesempatan yang ada. Itulah kedunguan saya. Kebodohan saya yang mengheret saya ke penjuru paling hujung. 
Image
Lebaran tahun ini sama sekali berbeda. Kami menemani Zahar di wad. Usai pembedahannya awal Jun, kemudian membawa Zahar semula ke Wad Warga HCTM (HUKM) akibat sedikit pendarahan pada 2 Syawal. Pasti banyak asuhan setelah lebih seminggu kami di rumah sakit. Selain bersyukur  kerana dianugerahkan lajur kesempatan ini, saya banyak dituntun untuk terus mendalami erti kerendahan hati saat meladeni setiap penjuru di wad. Ya, rendah hati, mengakui betapa saya hanya hamba. Bukan siapa siapa dan tidak ada apa apa saya ini sebenarnya.
Image
Antara catatan saya: Satu baris dari al-Qur'an yang diajukan sebagai dalil bahawa Allah mencipta manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (at-Tin: 4). Ayat pendek ini sangat indah dan berjejak. Saya menginsafi bahawa tidak ada yang hodoh dalam setiap satu yang Allah cipta. Benar, tidak ada yang cacat dalam penukangan-Nya. Hodoh dan cacat hanya ditanggap dari lajur pandang fisik manusia. Ini narasi anak istimewa. Ini narasi yang luar biasa. 
Image
Saya seperti mahu kembali ke gua, saat ditinggalkan begini. 
Image
Dia baru saja pergi, dan saya sudah sangat merindukannya. Entah bila akan berjumpa lagi. Mudah mudahan akan tiba lagi detiknya. Bukankah, aturan Allah itu setiap satunya adalah indah. Pohon sukma yang selalu ditinggal pergi.
Image
Mudah mudahan diterima segala amal kebaikan yang dilalui sepanjang Ramadhan yang baru meninggalkan. Mudah mudahan kita dipertemu dengan Ramadhan yang akan datang, insya-Allah. 
Image
Menjelang Maghrib nanti saya berhasrat untuk menyelinap masuk ke dalam gua.  Dan saya mahu menguncinya.  Saya tidak pasti pula sama ada saya berupaya atau masih terus akan ditewaskan. Jika saya meyakininya, saya ucapkan, semoga kita bertemu lagi.
Image
Risalah cinta yang kian mendekat dan mahu sampai ke riba.  Benar-benarkah saya menanti sepenuh hati?  Benarkah debar ini? Tuluskah saya meraikannya? Allah ya Allah. 
Image
Mendongak, langit yang lapang, berselang dengan awan yang kadang jernih. Maka semuanya menjadi cerah sesekali pula menyilaukan. Maka semuanya membuat saya lebih bersyukur, walau  dalam geram, jari yang masih kotor hampir menggenap seminggu. Menjengkelkan memang. Sama geramnya hati saya yang masih belum dapat menikmati bayangan risalah cinta yang harus sudah mula bertebaran dan masuk ke dalam jiwa-jiwa yang terpilih menjelang bulan hadapan. Sedihnya saya. Seperti bertemu antara kabut, hijab dengan mimpi. Dekat yang jauh, ya; dekat yang tidak mungkin dapat dipegang dan, jauh memang itulah hakikatnya. 
Image
Tun M Saya bersyukur dengan takdir baru ini.  Saya percaya akan ada banyak lagi yang mengujakan.  Insya-Allah.
Image
Musim memilih. Dan saya cepat jadi jemu dengan angin musiman tentang kejujuran atau keikhlasan begini. Memilih. Saya membaca sebuah puisi sangat langka Chairil Anwar 1946 Pemberian Tahu, antaranya tentang memilih, kupilih kau dari yang banyak: Bukan maksudku mau berbagi nasib, nasib adalah kesunyian masing-masing. Kupilih kau dari yang banyak, tapi sebentar kita sudah dalam sepi lagi terjaring. Aku pernah ingin benar padamu, Di malam raya, menjadi kanak-kanak kembali. Kita berpeluk cium tidak jemu,  Rasa tak sanggup kau kulepaskan. Jangan satukan hidupmu dengan hidupku, Aku memang tidak bisa lama bersama Ini juga kutulis di kapal, di laut tak bernama!
Image
Alhamdulillah syukur. Kali ini 12 nama yang tersenarai sebagai pemenang. Dua hadiah utama dan selebihnya hadiah penghargaan. Syabas kepada: Qurratul Ain, Nurul Syafiqah, Nur Zafirah, Siti Nor Aisah, Mohd Azree, Nurul Shafika, Asmawi, Mohd Amir Ashraf, Nur Atiqah, Nurul Thahirah, Nur Ainul dan Nur Hanini. Kesemua adalah pelajar UKM dari Pusat BAYU. Terus menulis!
Image
Mawar dan purnama. Klasiknya, mawar adalah cinta. Dan purnama adalah rindu. Saya sedar mawar itu sangat rapuh. Tapi suasana dan waktu sering pula merubahnya. Menggesanya jadi kukuh, lebih berdaya walau hanya dia yang tinggal. Ya, hanya dia dalam malam, dalam kelam. Namun, si Sya'aban yang menggenap, rupa-rupanya menyorot arah.
Image
Tiada ralat, apalagi untuk disiarkan semula dengan foto penulis sebenar. Memang sifat alami dunia bahawa ia tidak pernah akan jadi adil.  
Image
AM. Mudah-mudahan Allah menunjuk arah dan jalan keluar. Syafakallah.  Terima kasih yang datang berziarah.  
Image
Ternyata si misteri ini masih hinggap di meja kerja dan sekejap mengibar-ngibarkan sayap tipisnya, memancing perhatian saya. Kemudian sebentar dia menyelinap entah di mana; antara buku-buku, pasu-pasu kecil di sudut tingkap atau seperti sengaja bergantungan di hujung impian saya. Apa juga rupa dan suasana, dia tetap menawan untuk terus duduk berlama di penjuru qalbu. 
Image
Ya. Cerpen terbaru saya yang disiarkan hari ini di Berita Harian 22 April 2018; dengan ilustrasi yang sangat serasi. Saya jarang merasakan seperti ini: saya menyayangi cerpen Labuhan Sukma di Kapiti. Cerpen yang sengaja saya simpan lama. Tidak siapa dapat meneka, ia mencipta tragedi. 
Image
Sampai jumpa, SDD!
Image
Saya berasa dekat dengannya!
Image
Kupu-kupu biru. Ia menebar ilham yang bukan sedikit. dia di jurus cermin di bucu dinding di siku buku di juring jalan di sudut paling hujung dia di penjuru yang sangat rahasia.
Image
Untuk sekian kali. Ini bukan fb saya. Sekian tahun, saya sudah tidak wujud di sana.  Harap maklum. Terima kasih.  
Image
Sdr dipersilakan hadir, penuh ta'azim.
Image
Ingkar dan kembali ingat. Dan mungkir lagi dan kemudian kembali sedar. Semakin saya mahu berlari jauh, ternyata saya kian tersandung dan jatuh. Sukar rupanya untuk menjejaki  jalan datang. Melihat rupa senja ini, ya, saya seperti tidak pernah belajar erti tahu diri ...
Image
Ini antara kepatuhan yang harus saya junjung menurut majikan kami. 
Image
Saya bersyukur apabila berkesempatan menziarahi sahabat yang uzur. Bersyukur kerana Allah akan membentangkan jalan taat selepas keluar dari lawang rumah sakit. Saya akan mula mengenang,  betapa sukarnya untuk yang sakit meneruskan solah atau tadabbur al-Qur'an, apalagi mahu berpuasa atau ibadah khusus lain yang melibatkan pergerakan seperti lazimnya. Allah ya Allah. Dengan pelbagai wayar berselirat di seluruh badan, kesakitan demi kesakitan yang nyeri, perasaan sendiri yang entah bagaimana bergelayaran, dapatkah kekhusyukan hadir; sedangkan dalam sihat, saya selalu lalai. Pada kesempatan ini ingatan saya menuju guru Persatuan Bahasa Melayu kami, Cikgu Kamsani Selamat di IJN. Mudah mudahan budi mengasuh kami selama ini, memberikan kelapangan dalam urusan kesihatan dan ibadah Cikgu. Allah merahmati Cikgu yang budiman. 
Image
Ros dan Syaf. Kami meraikan mempelai manis ini.  Saat mereka menjamah kek keju dan  mufin coklat, saya sengaja menyelak halaman Rumi dan membacakan ini: Aku memilih mencintaimu dalam diam, kerana dalam diam aku tak mendapatkan penolakan. Aku memilih mencintaimu dalam kesepian, kerana dalam kesepian tak ada yang memilikimu selain aku. Aku memilih mengagumimu dari jauh, kerana jarak akan melindungiku dari luka. Aku memilih menciummu dalam angin, kerana angin lebih lembut ketimbang bibirku. Aku memilih memelukmu dalam mimpi, kerana dalam mimpiku kau tak pernah berakhir. Selamat Pengantin Baru R & S!
Image
Saat mengetik ini, fakulti kembali sunyi; dan langit petang yang keruh. Anak-anak mahasiswa berjeda barang seminggu sebelum menyambung kuliah pada minggu kelapan nanti. April merupakan sekian bulan yang sarat dengan pelbagai urusan. Tidak ada yang lebih mustahak dalam tekanan tugas selain sabar dan sabar. Sedangkan di situlah titik saya selalu kandas. Sabar saya sering dikepung takwim kerja yang rancu. Saya berasa kian disulap salah faham atau barangkali kedunguan saya yang kian bercambah dan mencapah. Semuanya jadi tidak memihak, dan membawa saya ke penjuru, mencari bangku dan kembali memujuk diri untuk mengerti. Lebih mengerti.  
Image
Subhanallah.  Seminar yang memujuk. Anjuran unversiti kami. Cuba Sdr perhatikan pengisian slot 2. Subhanallah.
Image
Terima kasih PM Dr Umi Kalthum Ngah. Novel ini dihadiahkan penulisnya.  Menarik sekali apabila sarjana kejuruteraan menulis cereka. Menarik juga judulnya. Kita memang selalu kehilangan dan syukurnya apabila kita menjumpainya kembali, walau sudah menghilang tahun. Kemudian, apa pula yang terjadi setelah ditemukan? Kita membaca surat takdir lagi....
Image
Dititipnya awal bulan tentang Yang Fana adalah Waktu.   Memungut detik demi detik, merangkainya seperti bunga.  Terima kasih SDD. Selamat SDD untuk YFaW. "Tapi, yang fana adalah waktu, bukan?" tanyamu. Kita abadi.
Image
Ini penjuru pelarian saya. Memang membawa saya jauh. 
Image
Hujan musim, antara syukur dengan penyerahan yang mengguyur.  Payung yang terkembang tiba-tiba menjadi teduhan yang menyadarkan tiap keingkaran.
Image
Sudah jauh saya berjalan. Pada ketika saya sangat lelah, saya berjeda. Lalu saya mencari teduhan. Sering tidak saya temukan. Dan dengan payah saya meneruskan perjalanan. Memangnya kita  ini sendiri.
Image
Kami memang terhijab.  Saya seperti meyakini dia benar-benar wujud. Dan saya mahu duduk di bangku yang sama dengannya sekali lagi. Bercerita. Ternyata laras bahasanya sangat dipelihara dan saya rasa terhormat. Ternyata dia teman sepanjang jalan dan saya rasa sangat teduh.  Dalam sekejap, saya seperti mengenalinya lama. Dalam sebentar, saya tahu dia teman yang tidak akan mahu berdusta. Di bucu belukan, sebelum saya terjaga, masih diingat pesannya, yang kami akan bertemu lagi. Aneh. Saya tidak pernah ada hasrat mahu mengulang latar dinding kabut dengan lantai halimunan itu. Tapi tidak kali ini. 
Image
Mimpi adalah hadiah. Benar, saat yang dimimpi sangat jauh daripada nyata. Saat mimpi, ia tidak pernah akan dapat kita rangkul sebenarnya. Tapi dalam lapis kabut, mujarad dan berteka teki, semuanya menjadi sangat dekat. Semuanya menjadi himpunan penuh dalam dada. Walau apabila mimpi itu berhenti, tidak ada yang bersisa lagi. Sureal dan tenggelam jauh. Maka, mimpi adalah hadiah.
Image
Ya, hampir seminggu saya tidak menulis, walau sebenarnya setiap hari saya mencari bangku dan duduk lama di sini. Mengintai semalam dan kelmarin sering menyeret ke jalan pengertian ini, lalu apa yang dirangkul adalah jarak dan jeda. Banyaknya lapis. Tebalnya garis. Seperti mengenang kotak hijau ini. Terlalu tidak tertanding.  
Image
Saya menekuni buku ini. Himpunan tulisan seorang pentadbir. Menariknya, penulis merupakan pentadbir yang pernah mengetuai fakulti kami beberapa tahun sewaktu saya menyiapkan ijazah ketiga. Walau tidak sempat mengikuti langgam pentadbiran beliau, saya percaya ketulusannya dalam kepimpinan, ya melalui pembacaan buku ini. Benar, dalam rakaman sari rangsang dicatat, sesebuah universiti bukan sahaja diukur dalam pemerihalan penglahiran ijazah, namun yang lebih mustahak adalah menumbuhkan harga diri dan sahsiah. Syabas, Tuan Haji Abd Razak Hussin. 
Image
Umur saya tinggal sedikit lagi; maka dengannya saya bersyukur.  Terima kasih atas ingatan sahabat yang menitip pesan untuk mengingat  akan baki angka. Mudah mudahan saya dapat lebih taat. Insya-Allah. 
Image
Hujung minggu, menemani AM mendapatkan rida', saya menahan sebak. Terus disangkut di bahu, rida' warna kesumba pilihan Bapak, AM kenakan bersama jubah putih untuk solah Maghribnya di musolla. Allah ya Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengatur tiap gerak hasrat manusia, daripada AM, anak yang sebelumnya bergaya ranggi, sekarang dia lebih senang menyarung kurta atau jubah. Bacaan dan gerak solah yang kian tertib, mana mungkin tidak membuat sebak saya mengguncang dada. Ikut Rasulullah, anakku, ikut jejaknya. Ikut cahaya itu untuk ke syurga, terus istiqomah.
Image
Terima kasih atas kesudian untuk menyertai kami. Allah merahmati.
Image
Antara kesyukuran apabila dapat berjeda di surah ke-114, menyatukan tangan di dada dan berdoa sungguh-sungguh. Kesyukuran seterusnya saat dapat memulakan kembali al Fatehah, di muka hadapan. Ya sekali lagi syukurnya diberikan keluasan masa dan umur untuk mengulang baca al Qur'an, sahabat karib itu. Apa lagi kesyukuran yang berganda, kita tidak sendiri ketika di halaman akhir dan membaca sekian kali al Baqarah. Saat ada yang menyertai lagi, bacaan, terjemahan, tadabbur dan iktibar, menjadikannya satu garis perjalanan nurani yang menakjubkan. Saya berdoa lagi mudah-mudahan perjalanan kami kali ini aman, tidak ada ribut taufan dan dalam keredhaan. Semoga.
Image
Menyaring dari al-Hikam,  sengaja saya memilih bab 233 Ilmu yang Bermanfaat . Antara baris mulanya dicatat, ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang sinarnya melapangkan dada dan cahayanya menyingkap hati. Subhanallah. Saya melihat cahaya yang indah dalam kalangan mata mahasiswa ketika saya membacakannya di hadapan dewan kuliah. Membaca kesusasteraan dengan sodoran ilmu seperti dalam Kecelakaan si Pemalas, hampir satu kurun, cerpen Melayu menganjurkan tuntutan berilmu. Segala yang jahat ditutup dengan sinarnya. Segala rahasia yang selama ini terhijab, kita temukan hikmah kejadiannya. Semuanya kerana dasar ilmu yang menuntun lalu menjadi amalan. Saya memberitahu mahasiswa juga nikmat ilmu itu wajar disebar kerana dengannya kita lebih belajar.
Image
Sepanjang petang yang lapang. Beginilah kampus jika menuju cuti hujung minggu yang panjang. Usai kuliah saya menjelang Zuhur, saya menyelinap ke ruang sendiri. Menyudahkan apa yang ada di atas meja kerja, menjinjing sebahagian untuk dibawa pulang. Ya, bukan cuti sebenarnya, banyak kerja membaca dan menulis yang harus dirapikan sebelum minggu baru bermula lagi dengan pelbagai ceritanya. Semester baru saja bermula dan saya tidak dalam semangat cuti. Saya tidak berhasrat menyertai jalanraya yang penuh juga.  Memang aneh apabila rutinitas tidak lagi seperti selalu. Tapi memang begitulah nantinya. Kita akan ditinggal pergi. Mendoakan semua yang keluar kota, dirahmati dan berbahagialah.