Ya, hampir seminggu saya tidak menulis, walau sebenarnya setiap hari saya mencari bangku dan duduk lama di sini. Mengintai semalam dan kelmarin sering menyeret ke jalan pengertian ini, lalu apa yang dirangkul adalah jarak dan jeda. Banyaknya lapis. Tebalnya garis. Seperti mengenang kotak hijau ini. Terlalu tidak tertanding.  

Comments

Liza said…
Disaat rasa tidak mampu dizahirkan,membuka kotak hijau ini, sambil menikmati manisan yang ada didalamnya amat menenangkan jiwa.
Mawar said…
Sdr Liza
Sukar juga ....
Anonymous said…
Hanya yang memiliki dan merasakan dimiliki, yang lebih mengerti.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Meskipun sering berjeda, berjarak.
Anonymous said…
Dengan sering berjeda dan berjarak biasanya lebih mengukuhkan.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Oh begitukah atur hukumnya?
http://purplemelastoma.blogspot.my/ said…
Seminggu tidak menulis, suatu yang tiak asing bagi saya sekarang ini. Sebulanpun sudah tidak asing. Betul. Friday, May 26, 2017 adalah kali terakhir blog saya diisi dengan sebuah fikiran tentang keindahan ciptaan yang Maha Pencipta. Seperti tiada kesempatan masa untuk menulis; seperti idea sudah kering; seperti tidak penting lagi berkomunikasi di alam blog yang peranannya semakin dihakis oleh apps telefon bimbit. Mungkin saya sudah terjaga dari mimpi. Mungkin juga kini saya sedang bermimpi selepas sekian lama berjaga!! This reminds me of Descartes and dreams in phylosophy of science.
Mawar said…
Prof Ungu yang terus misteri,
Terima kasih ingatannya. Saya masih di sini. Ini rumah saya.