Sdr sedar, dalam jalan hidup, kita pasti bertemu sekurang-kurangnya satu titik peristiwa yang bukan kita mahu apalagi merencanakan. Dengannya kita diajar untuk terima, redha, akur dan taat. Dengannya kita diajak untuk berdamai dengan sabar. Sesekali kita dituntun untuk belajar mengapa Allah aturkan sedemikan rupa. Dini ini saya menerima kabar, sahabat yang rencananya mahu terbang ke Mekah dengan visa Kerajaan Saudi, Furada, pulang semula ke rumah. Ya. Itu takdir maha indah yang Allah atur. Saya yang dungu ini belajar memujuknya. Patuhi sahaja jalan takdir ini, sahabat. Mudah-mudahan dengan kesabaran, Allah mengganjarmu dengan seluruh kebaikan sebagaimana mereka yang hujjaj, sedang ada yang pergi dengan langkah angkuh dan hati yang berjelaga. Bukankah kau terpilih juga, sebagai hamba-Nya yang sabar. Benar, pulangannya hanya syurga!