Minggu pembukaan Zulhijjah. Banyak lagi yang perlu saya baca tentang pengorbanan. Bukan hanya makna Ismail. Begitu saya mahu lebih membaca tentang melepaskan apa yang kita cinta. Mengikhlaskan rasa rendah hati terhadap gurihnya dunia. Saya teringat doa yang saya baca setiap kali memulakan urusan  di ruang kerja, tidak ada kehidupan yang hakiki kecuali akhirat yang abadi. Tadi siang diajar Ustaz Dhuha kami lagi. 

Comments

Anonymous said…
Antaranya, pengorbanan untuk melepaskan keselesaan yang sudah dinikmati sekian tahun. Semakin memperkukuh keyakinan bahawa segalanya sementara, pinjaman dan mimpi.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Benar, kata Rumi, bukalah matamu, kau akan melihat dunia ini adalah mimpi.