Bahagianya saya apabila pengacara majlis makan malam yang saya hadiri mengumumkan lagu seterusnya adalah Gurindam Jiwa. Aduhai, a nak Cina pasang lukah, lukah dipasang di Tanjung Jati.... Sayangnya penyanyi jemputan sendiri mengakui keanehan gubahan lagu versi yang dipilihnya. Agak lari daripada yang asli. Saya fikir yang ahli dalam bidang kajian budaya juga meninjau mengapa perubahan ritma berlaku yang mungkin sahaja disebabkan pergerakan dalam masyarakat, seperti kajian Dr Suryadi , kolega saya dari Universiteit Leiden. Beliau melihatnya dalam lingkungan budaya Minangkabau. Atau ahli bahasa dan kesusasteraan dapat pula menafsir pantun yang dilagukan itu dengan falsafah pemikiran Melayu, Disertasi Dr Suryadi Gurindam Jiwa, kegemaran almarhum Nenda ( dengarnya pernah ada hubungan dengan Nordin Ahmad...imaginasi sayakah? ). Kegemaran bonda juga. Dan saya juga karam dengan gemalainya emosi yang kuat di dalamnya. Filem dengan judul yang sama arahan M. Amin, harus saja di