Posts

Showing posts from 2023
Image
Foto danau lagi. Terima kasih Kartini. Sangat saya rasakan keintimannya. Ia sangat mendekat dan hangat. Tapi saya bersiap untuk melepaskan satu persatu, ya setiap satunya. Dan harinya kian menjelang.   
Image
tiga kuntum mawar cantik yang sering datang bersama semiotika cinta    Saya berkenalan dengan pantun ini daripada Prof Umar Zein sewaktu dalam perjalanan lepas: Bukan titik membuat tinta, Tapi tinta membuat titik; Bukan cantik membuat cinta, Tapi cinta membuat cantik.  
Image
Semua akan berlalu, katanya, dan ia akan menjadi riwayat. Sama ada nanti ia akan terus dikenang atau mahu dibuang. Ini foto danau yang indah. Terima kasih Kartini yang merakam cantik dan senang untuk saya melihatnya selalu. 
Image
Saya masih mencari antara para-para buku toko G. Masih meninjau antara kenangan dengan ingatan. Ketika ketemu, saya membaca lirih Ketika Kau Tak Ada. ... kalau tak ada di antara jajaran cemara itu kepada Siapa meski kucari jejak nafasmu maghrib begitu deras, ada yang terhempas tapi ada goresan yang tak akan terkelupas  
Image
Saya belum pernah ke USU walau jauh lama dahulu mengenalinya menerusi almarhum Pak Samin Siregar. Senang sekali untuk datang dan beramah mesra. 
Image
  Masuk tahun ketiga sejak wabah. Ada sisa ketakutan yang saya sendiri tidak pasti mengapa dia harus masih duduk di situ. Saya coba untuk ambil pesawat sekali lagi dan menyambung terbang, sekurang kurangnya sebelum Ramadhan tiba di pintu. Insya-Allah. Benar, sebelum saya membuka jurnal Ramadhan yang saya sendiri janjikan genap pada tanggal 1 nanti, ada baiknya saya belajar daripada sekarang untuk terbang dan meninggalkan. 
Image
  Kenangan duduk bersama-sama Usman Awang di ruang menulisnya di Kampung Tunku. Itu ternyata sebaris ayat magis. Apalagi pinggan nasi makan siang saya turut diisi sendiri Usman Awang. Manis! Dan semua itu sudah berlalu hampir 30 tahun lampau. Seperti Kekasih , ia akan selalu datang dan mendekat.
Image
Dua kuntum mawar merah. Sengaja saya letakkan di hujung kenangan. Sebelum ia layu, kering dan berlalu.  
Image
  Memasuki Sya'aban bermakna saya harus mula bersiap, sama seperti tahun-tahun lalu. Mencari buku yang perlu disudahkan dalam Ramadhan nanti, di samping melanjutkan bacaan al-Qur'an yang terus dalam dakapan. Saya cuba dapatkan ini. Nanti saya akan berbahgi, insya-Allah. 
Image
Kita memasuki Sya'aban.  Setapak menuju puncak - Ustaz Dr Azlan Shaiful Baharum
Image
  dari taman kecilku ... Februari. Saya tak pasti mengapa ia  dinamakan bulan kasih sayang. Bulan penuh cinta. Mungkin juga kerana ada tarikh khas ketika mawar dikirim sebagai tanda. Saya tidak percaya. Itu mitos yang selalu mahu memujuk dan mungkin juga lebih banyak topeng pura-pura. Beberapa ketika ini saya membaca al-Qur'an. Saya diberikan al Anbiya': 83 dan saya bertemu Yusuf: 64. Bahawa Allah itu sebaik baik penjaga dan Maha Penyayang di antara para penyayang! Dan saya pastinya mahu disayangi dengan harkat yang sebegitu terhormat.
Image
  Mendakap kembali sahabat lama dan menerima salam teman baru, sama hangatnya. Saya masih senang meraikan apa sahaja yang menjunjung persahabatan. Terima kasih Else dan Ayu. Tak akan saya lupa, saat kita bertiga bersama-sama berdoa pada senja yang panjang itu. Kita mohon mendapatkan kelurusan. Allah  yang Maha Meluruskan hati dan kaki. Menjauhkan kita daripada kebengkokan dan dusta yang berselerakan di mana-mana. Hatta sampai ke gunung dan lembah, lalu masuk ke pengakuan sendiri. 
Image
  Fakulti kembali sepi. Cepat sekali satu semester datang dan pergi. Mudah mudahan empat belas minggu  yang bermanfaat. Selepas ini bulan ujian pula. Benar, ujian sering hadir untuk menduga. Antara dengar dengan taat. Antara tulus dengan dusta. Sekali lagi saya melihat tiap aras di fakulti seperti jalan-jalan sunyi yang mengepung saya. Lalu saya tidak dapat meloloskan diri dan masih terperangkap di sini. 
Image
 Bicara Tokoh KWM bersama-sama Prof Ruzy Suliza Hashim. Mahaguru yang tulus. Terima kasih Prof!
Image
Saya percaya mimpi dapat menjadi ruang menggenapkan rindu yang berselerak pada siangnya. Bertemu dia lewat mimpi walau sebenarnya kami berjarak, benar, sangat mengharukan.
Image
  Selamat pulang ke UKM semula Hasni J! Saya masih ingat ketekunan dan malu HJ sewaktu duduk dalam kuliah saya lebih sedekad lalu. Ternyata minat dan gigihnya menulis tumbuh dengan mekar. Terima kasih datang dan berbahgi. Terus cemerlang dan dirahmati. 
Image
Saya sedang membelah jalan banjaran dan ternyata kabut yang membalut sepanjang jalur lintasan, menemukan saya dengan banyak sekali teka teki. Tak mungkin saya dapat mengagak benar atau muslihat tiap satunya. Tahu-tahu saya sudah menduduki sebuah teduhan kecil. Tahu-tahu saya  menyatu dengan ketar. Jalan banjaran dan kabut tadi, sekarang berubah menjadi perbukitan dan gunung ketakutan. Dalam tidak mampu berlari, di hadapan saya sudah berdiri kesangsian yang membelit kaki dan semuanya. 
Image
Meninggalkan 2022 seperti mahu merungkai ikatan kasih. Sukar mahu mengucapkan selamat tinggal. Sukar mahu berpisah. Mengapa jadi begitu. Atau sebenarnya memang tidak ada kalimah selamat tinggal. Tidak ada perpisahan. Ikatan itu terus berungkaian tahun demi tahun. Benar, segala tanggungjawab belum berhenti mahupun surut. Ia terus berlanjut. Ia terus mendatang hari, minggu, bulan dan tahun lagi. Benarnya.
Image
  Terima kasih sedalamnya buat UPSI dan Budiman yang mengundang. Kenangan sepanjang jalan di tumit Titiwangsa, tak akan pernah terlupakan. Tiap satunya akan saya simpan dalam teduhan jiwa.