Banyak hal kerja rasmi yang saya tidak bersetuju. Antaranya adalah apabila kami diminta menulis di jurnal yang dikenakan bayaran ribuan ringgit, sebagai tuntutan kpi. Wang itu pula diambil dari geran penyelidikan atau peruntukan dari universiti. Banyak yang tidak masuk akal (dalam kalangan orang umum pun) penulis harus membayar tulisan sendiri untuk diterbitkan. Bukankan seharusnya penulis yang dibayar upah hasil lelah fikirannya (seperti Malay Literature, Dewan Bahasa dan Pustaka). Yuran dianggap sebagai ganjaran kerja menyelenggara kertas dan jurnal. Hasil tulisan itu akan dibaca untuk dipetik penulis lain pula agar tulisan mereka juga nanti dapat menyertai jurnal mewah seterusnya. Atau siapa sebenarnya yang harus memanfaatkan tulisan berdasarkan kajian itu? Ia menjadi lingkaran liar, Sdr. Terkini jurnal di bawah MDPI yang banyak dibolosi teman-teman, digantung. Jurnal pemangsa memang menzalimi, bukan sahaja meraih keuntungan wang tapi mempersendakan keilmuan. Saya sering tersandar, mengenang mengapa yang bijak pandai turut tenggelam dan lemas dalam pusaran hodoh ini.
Comments
Dahsyat.