Dalam mengenang Ibrahim, saya mahu mengulang Hud: 75 betapa Ibrahim itu benar-benar seorang yang penyantun lagi lembut hati dan suka kembali kepada Allah. Kita sebut namanya sering. Mudah mudahan kita berada di tiga jalan itu juga. Insya-Allah. Taqabbalallahu minna waminkum. 

Comments

Anonymous said…
Pada hari raya Eid ul Adha, banyak yang saya fikirkan tentang pengorbanan. Pelbagai dan beragam bentuknya. Sering juga bertanya kepada diri, apakah saya pernah berkorban dan perlukah diberitahu pengorbanan itu kepada seseorang supaya dia menginsafi dan bersabar dengan kekurangan yang ada.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Bercerita pengalaman berkorban (tidak semestinya pengalaman sendiri), insya-Allah akan mengisafkan. Saat diminta untuk diserahkan dan kita tidak punya lagi, bukankah itu bermakna kita tidak ada pemilikan. Ya, kita tidak punya apa-apa. Mudah-mudahan dengannya dia akan bersabar dan lebih bersyukur.