Pagi Jumaat yang indah. Saya bertemu sahabat lama. Pernah menjadi tetangga rapat di aras kerja yang sama; malah kamar kerja kami bersebelahan. Sering berbahgi bekalan makan siang sambil bertukar cerita. Ternyata bertemu kembali sekian masa, sahabat saya masih seperti dahulu. Cantik. Lucu yang pintar. Mendukung apa yang saya lakukan. Mudah mudahan nanti dapat kami bertemu lagi. Harum parfumnya masih berdiam di bahu saya. Masih.
Comments
Benar.