Sdr sedar, dalam jalan hidup, kita pasti bertemu sekurang-kurangnya satu titik peristiwa yang bukan kita mahu apalagi merencanakan. Dengannya kita diajar untuk terima, redha, akur dan taat. Dengannya kita diajak untuk berdamai dengan sabar. Sesekali kita dituntun untuk belajar mengapa Allah aturkan sedemikan rupa. Dini ini saya menerima kabar, sahabat yang rencananya mahu terbang ke Mekah dengan visa Kerajaan Saudi, Furada, pulang semula ke rumah. Ya. Itu takdir maha indah yang Allah atur. Saya yang dungu ini belajar memujuknya. Patuhi sahaja jalan takdir ini, sahabat. Mudah-mudahan dengan kesabaran, Allah mengganjarmu dengan seluruh kebaikan sebagaimana mereka yang hujjaj, sedang ada yang pergi dengan langkah angkuh dan hati yang berjelaga. Bukankah kau terpilih juga, sebagai hamba-Nya yang sabar. Benar, pulangannya hanya syurga!

Comments

Anonymous said…
Benar, sabar dan redha dengan apa yang berlaku adalah pilihan paling tepat. Namun persoalannya mengapa kegagalan itu boleh berlaku yang tentunya sedikit sebanyak turut menghampakan.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Furada berisiko walau "halal". Sahabat saya sedar akan itu.
cikmisteri said…
Langit Mekah Madinah belum terbuka untuk menerimanya. Pasti di saat diterima itu jadi lebih indah.

https://perempuanhujungkampung.blogspot.com/
Anonymous said…
Siapakah kita untuk mengatakan langit belum bersedia menerimanya.. Bumi Allah itu luas..
Allah melihat usaha dan lebih mengetahui apa yang terbaik untuknya..Tabung Haji, Furada, pakej, muassasah atau apa jua wasilah adalah bukti kecintaan jemaah ini untuk menjadi tetamu-Mu ya Allah. Mereka sudah berusaha tetapi Engkaulah sebaik-baik perancang.
Mawar said…
Sdr Cikmisteri
Allah Maha Mengatur. Subhanallah.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Benar. Allah Maha Mengatur. Allah merapikan yang terbaik buat sahabat saya. Melalui pengalaman ini, ternyata dia jadi lebih taat. Subhanallah.