Kupu-kupu biru. Ia menebar ilham yang bukan sedikit.

dia di jurus cermin
di bucu dinding
di siku buku
di juring jalan
di sudut paling hujung
dia di penjuru yang sangat rahasia.



Comments

Anonymous said…
Kupu-kupu biru itu agaknya seperti unggas di tebing jendela ruang kerja pada setiap senja seakan membawa rasa bahawa saat pulang bagaikan detik berangkat untuk berpergian yang jauh dan lama.
Liza said…
Kupu-kupu memang cantik dipandang, bila terbang jauh entah ke mana.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Ada orang menafsirnya sebagai tanda selamat tinggal. Melankolik.
Anonymous said…
Tafsiran Selamat tinggal itu tidak semestinya benar Sdr. Barangkali juga mesej mengenang yang sentiasa beralun berada dimana-mana.
Mawar said…
Sdr Liza
Benar ya. Selalu terbangnya, menjauh.