Ros dan Syaf.
Kami meraikan mempelai manis ini. 
Saat mereka menjamah kek keju dan  mufin coklat, saya sengaja menyelak halaman Rumi dan membacakan ini:
Aku memilih mencintaimu dalam diam, kerana dalam diam aku tak mendapatkan penolakan. Aku memilih mencintaimu dalam kesepian, kerana dalam kesepian tak ada yang memilikimu selain aku. Aku memilih mengagumimu dari jauh, kerana jarak akan melindungiku dari luka. Aku memilih menciummu dalam angin, kerana angin lebih lembut ketimbang bibirku. Aku memilih memelukmu dalam mimpi, kerana dalam mimpiku kau tak pernah berakhir.
Selamat Pengantin Baru R & S!

Comments

Unknown said…
Terima kasih Dr melayan kami tadi. Terima kasih juga atas doa, hadiah, dan lunch tadi. Moment yang kami berdua tak akan lupakan.
Terima kasih juga untuk catatan di blog ini.
Kata-kata yang penuh makna.
Terus doakan kami berdua.
Mawar said…
R n S
Terima kasih menerima kami dalam halaman sejarah baru Sdr berdua ini. Insya-Allah kita akan saling mengingati lewat doa.
Liza said…
Tahniah Sdr R n S, selamat pengantin baru.
Mawar said…
Sdr Liza
Mudah mudahan cinta mereka berpanjangan hingga ke syurga.
Anonymous said…
Saya berkongsi mengucap bahagia dengan luhur buat R dan S meski dari jauh. Semoga dalam barokah dan rahmat Allah buat kalian.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Terima kasih atas perhatiannya. Semoga.