Saya bersyukur apabila berkesempatan menziarahi sahabat yang uzur. Bersyukur kerana Allah akan membentangkan jalan taat selepas keluar dari lawang rumah sakit. Saya akan mula mengenang, betapa sukarnya untuk yang sakit meneruskan solah atau tadabbur al-Qur'an, apalagi mahu berpuasa atau ibadah khusus lain yang melibatkan pergerakan seperti lazimnya. Allah ya Allah. Dengan pelbagai wayar berselirat di seluruh badan, kesakitan demi kesakitan yang nyeri, perasaan sendiri yang entah bagaimana bergelayaran, dapatkah kekhusyukan hadir; sedangkan dalam sihat, saya selalu lalai. Pada kesempatan ini ingatan saya menuju guru Persatuan Bahasa Melayu kami, Cikgu Kamsani Selamat di IJN. Mudah mudahan budi mengasuh kami selama ini, memberikan kelapangan dalam urusan kesihatan dan ibadah Cikgu. Allah merahmati Cikgu yang budiman.
Comments
Insya-Allah. Aamiin Allahumma aamiin. Terima kasih perhatiannya.
Begitu "sakit" diterima sebagai hadiah, jika kita sabar. Aammin Allahumma aamiin atas doanya. Terima kasih.