Ya. Cerpen terbaru saya yang disiarkan hari ini di Berita Harian 22 April 2018; dengan ilustrasi yang sangat serasi. Saya jarang merasakan seperti ini: saya menyayangi cerpen Labuhan Sukma di Kapiti. Cerpen yang sengaja saya simpan lama. Tidak siapa dapat meneka, ia mencipta tragedi. 

Comments

Mawar said…
Sdr Liza
Kelihatannya banyak yang tidak memihak.
Anonymous said…
Membacanya menjadikan saya berasa dekat dengan labuhan sukma itu. Barangkali bentuk, masa dan lokasi yang berbeza, labuhan sukma itu ada pada sesiapa. Sampai masanya akan mengabadi di situ.
Mawar said…
Sdr Anonymous
LS yang penuh rahasia. Misterius.
Anonymous said…
salam dr. nama saya muhammad rais. saya pelajar tahun 3 kesusasteraan USM. boleh dr terangkan sedikit tentang cerpen labuhan sukma di kapiti ni?
Mawar said…
Sdr Muhammad Rais
Terima kasih atas perhatiannya. Cerpen LSdK adalah sequel beberapa cerpen dengan watak Perempuan Pemetik Harpa sebelum ini. Kali ini saya bentangkan kisah pulau unggas iaitu Kapiti yang antaranya menemukan Perempuan Pemetik Harpa dengan keimanan terhadap para malaikat.