Sejak kecil, sebagai satu satunya anak, saya bukanlah jenis stereotaip yang mendapat semua yang saya hajatkan. Itu hanya mitos. Mengapa? Sebab saya tidak pandai meminta. Namun daripada itu, saya sering berharap hasrat saya dapat difahami dan dapat terdengarkan. Saya membayangkan dapat dibaca permintaan saya antara baris. Sub-consciousness. Sangat. Tapi jarang ia terpenuh. Malang. Saya sering menunggu-nunggu di pintu, di kesempatan yang ada. Itulah kedunguan saya. Kebodohan saya yang mengheret saya ke penjuru paling hujung. 

Comments

Anonymous said…
Pastinya bukan kedunguan Sdra, tetapi barangkali orang lainlah yang dungu kerana gagal memengertikan Sdra. Sesetengah orang mudah difahami, ada juga yang sukar dimengertikan kerana pendedahan yang berbeda pada setiap personaliti. Itulah kebiataraan Sdr.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Ya, rupa rupanya akrab dan dekat belum menjamin pengertian. Terima kasih.
Liza said…
Pada saya ia bukanlah keduguan sdr, tapi keunikkan diri sdr yang sdr sahaja mengerti. Saya suka bermain dengan sub-consciouness, kerana kebarangkalian untuk mendapat itu tinggi juga, walau adakalanya ia juga mengheret saya ke penjuru yang paling jauh dan menakutkan..
Mawar said…
Sdr Liza
Terima kasih sering menziarahi saya.