Semasa berada di NTU, saya belajar adab perhubungan sosial yang baik. Setiap emel harus disahut pada hari yang sama, sesegera mungkin. Telefon tidak harus berdering panjang. Usah biar pemanggil menunggu lama. Bermakna semua tidak harus dibiarkan saja. Maka saya faham apabila tidak diambil perhatian akan setiap pertanyaan atau kenyataan dalam kotak whatsapp dsb. Pertanyaan dan kenyataan yang dibiarkan seperti angin yang datang dan pergi. Tidak langsung berjejak agaknya. Tidak langsung dipeduli jenguk tinggalnya. Tidak jarang saya menebak, adakah ia satu penafian. Atau ia hanya ingin membuat saya geram dan menjadi puting beliung. Kemudian lebih membikin saya menjadi ribut taufan, apabila pertanyaan dan kenyataan yang tidak berjawab itu bertukar menjadi nada bujukan. Akhirnya saya didatangi angin nyaman, seperti berada di perkebunan teh usai hujan petang.
Comments
Berbalik pada adab hubungan sosial zaman moden, saya sebolehnya tidak mahu membiarkan orang lain menunggu lama.. seboleh mungkin memberikan maklum balas sesegera yang boleh. Saya juga tidak suka mesyuarat yang berjela tanpa keputusan....sangat membuang masa.
Bujukannya, Subhanallah!
Isunya, pihak berkenaan tidak sedar, lupa dan terpinga pinga bahawa sebenarnya dia yang membiarkan segalanya datang dan pergi seperti angin. Pertanyaan dan kenyataan selalu dibiarkan begitu saya. Terima kasih.