Lebaran tahun ini sama sekali berbeda. Kami menemani Zahar di wad. Usai pembedahannya awal Jun, kemudian membawa Zahar semula ke Wad Warga HCTM (HUKM) akibat sedikit pendarahan pada 2 Syawal. Pasti banyak asuhan setelah lebih seminggu kami di rumah sakit. Selain bersyukur  kerana dianugerahkan lajur kesempatan ini, saya banyak dituntun untuk terus mendalami erti kerendahan hati saat meladeni setiap penjuru di wad. Ya, rendah hati, mengakui betapa saya hanya hamba. Bukan siapa siapa dan tidak ada apa apa saya ini sebenarnya.

Comments

Liza said…
Syafakallah Zahar.
Kerendahan hati dan merendah diri memerlukan latihan yang berterusan. Saya juga sedang berlatih dan semoga saya senantiasa istiqomah. Catatan Sdr banyak mengajar saya tentang kerendahan hati.
Mawar said…
Sdr Liza
Aamiin Allahumma aamiin. Semoga.
Alhamdulillah, saya sebenarnya menuntun diri sendiri.
Anonymous said…
Janganlah kita meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap sesuatu. Saya juga biasa ke HCTM, ternyata dalam suasana dan tempat begitu, kita ini hanyalah murba. Usah berfikir kita dikenali orang. Sudah lama saya mendidik diri, kita masih banyak keberuntungannya berbanding orang lain. Justeru kerendahan hati menjadikan kita lebih bersyukur.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Mudah mudahan Sdr tidak salah faham. Kami mendapat perkhidmatan yang sangat baik dari pihak HCTM (saya lebih suka menamakannya HUKM). Dengannya saya amat bersyukur. Kami sempat menitip catatan terima kasih atas kecemerlangan tatausahanya di Wad Warga. Saya sama sekali tidak fikir saya ini dikenali (di HUKM? Aduhai, siapalah saya?). Ternyata Sdr belum mengenali saya.