Benar, kata seorang sahabat saya, antara cara Allah mengingatkan adalah dengan mengambil kembali haknya. misalnya soal kesihatan. kita mula menghargai sihat apabila ia dikeluarkan dari ruangnya. maka bermulalah riwayat sakit. saya baru sahaja pulang dari sesi pertama program wellness. bermula dengan ujian darah, jantung dan air seni :-) dan saya menanti penuh debar dalam seminggu ini keputusannya! dengan sekian banyak isyarat menjadi sakit dan tua , saya insaf masanya sudah kian dekat. ya Allah kekalkan kami dalam nikmat islam dan iman. rahmati kami dengan ehsan-Mu, ya Allah. pulang Kebetulan juga, saya baru mendapat warta belasungkawa, kekanda saya, Asmah Bee Mohd Nor baru kehilangan suami tercintanya, Iran Herman. kedua-duanya pensyarah psikologi yang saling menyayangi. kekanda Iran meninggal dalam ihram di pusingan tawaf wajib umrahnya yang ketiga. Allah, Allah, Allah. semoga perjalanan pulangnya disambut para malaikat...