Saya gemar membaca puisi, pasti sahaja puisi  Melayu sejak dari pantun, syair mahupun puisi moden yang dipanggil sajak. saya gembira mengutip susunan rangkap, pasangan kata atau sering tergoda dengan bijaksananya penyair menyaring bunyi. saya menyambung baca Syamail; dan Zahar juga membacanya kemudian kami saling bercerita tentang setiap hadis berkenaan keperibadian Rasulullah, kekasih Allah. ternyata Muhammad yang Mulia, turut bersyair dan ia adalah baris yang indah dirakam Jundub Sufyan al Bajali, saat darah mengalir keluar dari jemari Rasulullah, antara baris syair inilah yang bergema sama, engkau hanyalah jari-jemari yang berdarah, dan engkau terluka di jalan Allah. ya Rasulullah! salawat dan salam buat baginda.

Comments