Zahar sudah lama khatam Syamail. rupa-rupanya saya terhenti lama di halaman kewafatan Rasulullah. pilunya apabila membaca saat terakhir Anas Malik memandang wajah Rasulullah seperti melihat lembaran mashaf. dan bagaimana mereka tidak mahu membuang debu kubur Rasulullah sehingga mereka mengingkari hati mereka. Allah. saya mahu menyambung Syamail dengan Empat Puluh Hadis Penawar Hati. mudah-mudahan hati saya menjadi sihat.  mudah-mudahan semakin dalam cinta yang datang ini. in sya Allah. terima kasih kanda Majura yang menghadiahkan Penawar Hati.

Comments