Saya memanggil nama untuk semakan kehadiran dalam kuliah. ia peluang untuk saya lebih mengenali setiap pelajar yang mendaftar kursus saya; sekurang-kurangnya tahu dan ingat nama mereka. dalam kuliah minggu ini saya mengejutkan mahasiswa dengan susulan soalan selepas memanggil nama, bilakah kali terakhir mereka melakukan sujud syukur. maka saya dapat mengumpulkan lebih tiga puluh jawapan. dua daripada mereka tidak pernah melakukan sujud syukur sama sekali. dua daripada mereka melakukannya kurang daripada tiga bulan. dan selebihnya melebihi enam bulan lalu. kebanyakan mereka, mahasiswa tahun satu, merakam rasa syukur setelah lulus peperiksaan dan mendapat tempat di universiti. saya bertanya sendiri, apakah makna bersyukur dalam hati mahasiswa saya. adakah hanya dengan makna kegembiraan mendapat keputusan peperiksaan. adakah bersyukur itu kerana beroleh suatu yang menggembirakan hati. seperti yang pernah saya tanya diri sendiri, adakah juga saya berterima kasih kepada Allah saat malapetaka menimpa maruah saya; kerana dengan itu saya tahu Allah mahu saya lebih dekat dengan-Nya. saya melakukan sujud syukur ketika saya difitnah; kerana ketika itulah Allah membuka seluas-luas sempadan. sehingga hadis Rasulullah (salawat dan salam): hindarilah doa orang yang dizalimi, sesungguhnya tidak ada antara doanya itu dan antara Allah sebarang yang mendinding. maka, wajarlah saya memanjangkan sujud saya untuk berterima kasih, oleh kerana Allah membenarkan doa-doa saya. foto kanan, saya simpan sekian lama. sangat mengesankan hati dan rasa hamba saya ....
Comments