Beberapa hari lalu saya menziarahi perempuan tua itu. dia adalah perempuan yang hilang jalan pulang dalam cerpen saya Antara Tikungan yang Aneh. dia ternyata kian lupa bukan hanya beluk ke lorong rumah, tapi nama teman-teman dan akan mengulang-ulang soalan yang sama sedang ia baru dijawab. saya terpinga separuh mahu menangis. bukankah nenda juga dengan tanda yang sama. lupa. sebulan selepas itu nenda menuju jalan pulang yang abadi. keesokan harinya, saya bertemu pula susuk lelaki tua yang akan masuk ke ruang kreativiti saya dalam sedikit masa lagi. dia adalah lelaki yang antara lain menyatakan, jika mahu punya hati yang aman, harus sering bersama al Qur'an dan tahajud. ini foto cantik dari taman kecil perempuan tua yang banyak kehilangan dalam hidupnya itu. o Allah, mereka merupakan tamsilan buat saya yang kononnya masih muda namun masa pulang saya sebenarnya semakin hampir dan  bila-bila masa sahaja...ampuni saya ya Allah.   

Comments

Unknown said…
Ini adalah kali pertama saya membaca blog orang. Saya mmg tidak pernah masuk dan membaca blog. Tapi saya suka juga baca blog ini kerana isinya pendik pendik tapi menarik.
Mawar said…
Dr Rosniah yang menawan
terima kasih mencipta sejarah.
terima kasih sudi singgah...