Saya bertanya kepada seorang dua sahabat penulis sama ada mereka menerima surat berdaftar, emel malah panggilan telefon dari Jordan. hanya untuk bertanyakan antara lain, apakah dan siapakah sumber ilham dalam menulis. The literary world has so many great authors as it does great characters. Whose legacy, author or character, inspired you to take up writing? saya tidak pasti berapa seriusnya pihak ini bertanya. namun dalam senyap saya mula mencatat jawapan... pernah suatu ketika, saya menjadikan beberapa sasterawan sebagai sumur ilham saya. tapi sejak akhir-akhir ini saya sedari bukan hanya hasil kerja beberapa nama itu yang menjuruskan lorong penukangan seni saya. ternyata saya semakin melihat susuk peribadinya juga yang menawarkan semangat. maka, catatan jawapan lama itu saya padam, dan mengubah ayatnya begini, bahawa kepercayaan saya dan al Quran akan selalu menjadi daya batin yang luar biasa bagi saya terus menulis, dengan izin-Nya ...

Comments