Saya gayat. sama ada berdiri di paras paling atas sebuah bangunan, apatah lagi berada dalam sebuah kereta yang bergantung hanya pada satu tali. tapi demi kenangan bersama almarhum nenda dan datuk, saya gagahi kaki memasuki kereta kabel ini. ya, saya masih sangat ingat kereta ini pernah tergantung agak lama di tengah-tengah laluan dan di bawah tapak kaki adalah air laut yang terbentang. Allah Allah Allah. itu kenangan bersama nenda lebih tiga puluh tahun lalu... dan kebetulan sahaja malam tadi, pulang dari lawatan ke Sentosa, kami menonton rancangan Terbit menyiarkan wawancara dengan mangsa tragedi kereta kabel yang pernah berlaku pada tahun 1983.
Comments