Kaki bonda saya teragak-agak untuk melangkah masuk ke ruang tamu yang sepi. saya seperti mendengar suara hatinya. Zahar sempat menyatakan betapa ruang nenda ini tidak berseri lagi. saya tidak dapat menahan sebak apabila melintasi kamar tidur nenda yang sudah lapang. pembaringannya sudah dipindahkan. yang tinggal ialah pelbagai milik nenda yang mahu diagih-agihkan untuk memanjangkan sadaqah. usai acara mengingati nenda dengan yassin dan doa, kami bercerita kembali tentang nenda dan kenangan. saya akan selalu ingat betapa pemurahnya nenda. dan ia terus hidup dalam hati Matiin. sewaktu di pusara, Matiin mengeluarkan not sgd10 dari dompetnya seraya berbisik sendiri yang dia mahu memberikan kepada moyang. saya mengusap rambut lebat anak saya itu dan tahu ketika itu nenda tidak mahu apa-apa selain doa dan doa buat kehidupan barunya di bawah sana...al fatehah.
Comments
terima kasih. al fatehah.