Aneh membuka rujukan biologi untuk kuliah sastera? kerja ini mengimbas sewaktu duduk di bangku tinggi makmal sains sekolah menengah. biologi antara mata pelajaran kegemaran saya. hari ini dalam kuliah sastera bandingan, saya membawa mahasiswa kembali merenung asal kejadian. dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari saripati yang (berasal) dari tanah. kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami balut dengan daging. kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. maka Mahasucilah Allah, Pencipta yang paling baik (al mu'minun: 12-14).
 
 
 
dari janin menjadi kanak-kanak. kami membincangkan kanak-kanak, kreativiti dan penciptaan karya. Allah Allah Allah, dan apakah manusia tidak memerhatikan bahawa Kami menciptakannya dari setitik air (mani), maka tiba-tiba ia menjadi penentang yang amat nyata! (yasiin: 77). ampuni kami ya Allah.
 

Comments