Benar, kata seorang sahabat saya, antara cara Allah mengingatkan adalah dengan mengambil kembali haknya. misalnya soal kesihatan. kita mula menghargai sihat apabila ia dikeluarkan dari ruangnya. maka bermulalah riwayat sakit. saya baru sahaja pulang dari sesi pertama program wellness. bermula dengan ujian darah, jantung dan air seni :-)  dan saya menanti penuh debar dalam seminggu ini keputusannya! dengan sekian banyak isyarat menjadi sakit dan tua, saya insaf masanya sudah kian dekat. ya Allah kekalkan kami dalam nikmat islam dan iman. rahmati kami dengan ehsan-Mu, ya Allah.


 
 
 
Kebetulan juga, saya baru mendapat warta belasungkawa, kekanda saya, Asmah Bee Mohd Nor baru kehilangan suami tercintanya, Iran Herman. kedua-duanya pensyarah psikologi yang saling menyayangi. kekanda Iran meninggal dalam ihram di pusingan tawaf wajib umrahnya yang ketiga. Allah, Allah, Allah. semoga perjalanan pulangnya disambut para malaikat dengan tenteram. al fatehah ...

Comments

Noridah Kamari said…
Semoga Dr dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan. Salam rindu.
Mawar said…
Noridah yang baik

terima kasih atas ingatan dan doa. amat saya hargai.

sebelum terlupa, izinkan saya merakam ucapan "selamat hari lahir" esok, 15 mac. semoga dirahmati dengan nikmat islam dan iman.

saya sudah tidak ke fb, jadi ucapannya di sini sahaja ya.
Noridah Kamari said…
Terima kasih Dr Mawar kerana mengingati. Selamat hari lahir, lewat sikit, buat Dr juga. Semoga bahagia dan sejahtera.