
Saya membaca tentang tiga fasa dalam ramadhan. sepuluh hari pertama adalah fasa rahmat. kita sudah melaluinya, moga-moga kita dirahmati. sepanjang fasa pertama saya memohon agar saya lebih cintakan solat berjemaah, lebih cintakan al Quran dan makna serta cuba beramal dengannya. juga cintakan persaudaraan walau banyak dugaannya. hari ini bermula fasa yang kedua. fasa pengampunan. memang selalu kita memohon ampun dari Allah akan kesilapan yang dilakukan. atau ini saatnya kita menggandakan permohonan ampun kita itu. dan semoga kita diberikan rezeki untuk terus berada dalam ramadhan fasa terakhir, pembebasan daripada api neraka. saya membaca surah al Humazah: (1) kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci (2) yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya (3) dia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (4) tidak! sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam al hutamah (5) dan apa jalannya engkau tahu apa dia al hutamah? ...