angin kosong |
Kelmarin, pada hari yang sama saya menerima dua warta kesedihan. ia dikirim dari dua sahabat lama, sahabat zaman anak-anak. apa yang sedih? kedua-duanya perihal kesakitan. lumrah, penyakit dilihat sebagai satu musibah. dan akan berbondong-bondonglah doa, kita mengharapkan penyembuhan. saya mahu melihat kembali erti musibah itu. o Allah. bukankan ia membawa saya lebih dekat kepada pintu penyerahan dan mahu lekas melerai kunci dan menyertai ruangnya untuk mengadu dan merintih. saya lekas kembali dekat dengan-Mu, ya Allah. sedangkan sekian jam dan masa, segalanya seperti angin kosong yang berjalan di tepi bahu. o Allah. saya selalu mendekati-Mu hanya apabila watak yang bernama musibah datang menjengah. sedang, saya selalu mahu menjadi hamba yang mendekati-Mu tanpa ada syarat waktu. o Allah, saya mula berdoa lewat sujud panjang, berterima kasih atas segalanya; pada apa yang saya tidak pernah meminta namun Kau tetap berikan dengan segala kasih dan ia selalu membahagiakan tanpa saya sedari. ya, ia seperti angin kosong yang berjalan di tepi bahu. saya tidak pernah peduli! ampuni saya!
Comments