Masih mahu bercakap soal bermegah-megah. kebetulan sejak isnin, tazkirah zohor kami, ustaz mengingatkan tentang sikap buruk ini. jadilah hamba yang tawadhu'. bukankah ramadhan adalah ruang perisytiharan taubat? andai selama ini keangkuhan yang  dijunjung tanpa sedar, lembutkan hati dengan istighfar, selalu menyebut nama Allah yang Maha Agung, cintakan al Qur'an, maknakan gerak dan lisan solat, ingatkan kematian dan tanya diri sendiri siapa kita di akhirat nanti. usah lagi memuji diri sebaliknya pulangkan segala sanjungan kepada Allah. saya merasakan tusukan tazkirah ini kepada diri sendiri. ya Allah, saya menyelak surah al Maa'uun:


 

(1) tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama?

(2) orang itu ialah yang menindas dan menzalimi anak yatim

(3) dan tidak menggalakkan memberi makanan yang berhak diterima orang miskin

(4) celakalah bagi ahli solat

(5) mereka yang lalai daripada menyempurnakan solat

(6) orang yang riak dalam ibadat yang dilakukan

(7) dan orang yang tidak memberikan pertolongan kepada yang berhak.

Ampuni kami Allah! sedang dalam solat kami juga mahu bermegah-megah. Allah!

Comments