Saya membaca tentang tiga fasa dalam ramadhan. sepuluh hari pertama adalah fasa rahmat. kita sudah melaluinya, moga-moga kita dirahmati.  sepanjang fasa pertama saya memohon agar saya lebih cintakan solat berjemaah, lebih cintakan al Quran dan makna serta cuba beramal dengannya. juga cintakan persaudaraan walau banyak dugaannya. hari ini bermula fasa yang kedua. fasa pengampunan. memang selalu kita memohon ampun dari Allah akan kesilapan yang dilakukan. atau ini saatnya kita menggandakan permohonan ampun kita itu. dan semoga kita diberikan rezeki untuk terus berada dalam ramadhan fasa terakhir, pembebasan daripada api neraka. saya membaca surah al Humazah:


(1) kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci

(2) yang mengumpulkan  harta dan  berulang-ulang menghitung kekayaannya

(3) dia menyangka bahawa hartanya itu  dapat mengekalkannya

(4) tidak! sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam al hutamah

(5) dan apa jalannya engkau tahu apa dia al hutamah?

(6) ia adalah api Allah yang dinyalakan

(7) yang menjulang ke hati

(8) sesungguhnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka

(9) mereka terikat pada batang-batang palang yang melintang panjang.

Comments

ardisia said…
Dr Mawar sahabatku,
kadangkala gundah gulana itu singgah jua di hati ini.bukannya apa.saya memikirkan saat saya membaca,mentadabbur al-Quran, saat itu juga saya rasakan banyak sekali yang tidak kena dengan mata hati ini.mata yang satu itu masih kabur.mengapa mata yang zahir ini masih tidak menangis?kenapa hati seakan-akan masih keras?kenapa apabila diterangkan azab2 Allah, saya masih tak merasakan apa2?hanya kadang-kadang sahaja rasa gerun itu singgah di hati.janganlah hati ini selalu lalai.sedangkan orang2 yang benar2 menghayati dan memahaminya, bagaikan seiring dengan darah dan nadi.mudah,menyerap masuk,hadam.oh..semoga Allah ampunkan saya.semoga Allah hadirkan rasa gerun.sedangkan para sahabat kekasih Allah dahulu (nabi s.a.w.), ada yang pengsan,bila membaca ayat2 azab.
Mawar said…
Ardisia sahabatku

saya pernah dinasihatkan membaca surah al waqi'ah setiap pagi jumaat. antara surah ini menyebut tiga golongan di akhirat nanti. semoga kita diredhai sebagai hamba-Nya dalam golongan yang dikasihani, saudaraku.

saya juga berdoa hati kita lembut dan aman dengan surah suci Allah. semoga al Quran yang selalu kita gunakan untuk membaca dan menghayati tafsirannya, menjadi syafaat di sana, insya Allah.