pohon tua |
Apa antara balasan terhadap budi baik ibu atau ayah yang memelihara kita? ada yang menjawab, ia hampir tidak terbalas. atau ada yang pernah menjaga kebajikan mereka di hari tua. ada yang pernah memandikan dan merapikan rambut kedua-duanya yang hampir tidak dapat bergerak. Allahu akhbar! saya baru pulang dari kampung halaman omak mertuo den (antara lokasi terapi minda kami). di sana saya menemukan kisah yang menarik. seorang anak menjadi seperti badang, menebang pokok-pokok tua yang ukurannya lebih sepemeluk. mengapa? ibu saya mahu melihat bukit. mungkin aneh, mungkin sahaja itu tuntutan nostalgia. tapi ia juga adalah lambang kasih sayang seorang anak untuk ibu tua. bukit yang selalu dilihat ibunya semasa muda, itu mengembalikan banyak perca-perca kenangan bersama. banyak yang dapat dikembalikan dalam ingatan yang sudah berlapis-lapis babak, tafsiran dan kebenaran. saya kian melihat perbukitan hijau setelah satu demi satu batang pokok yang lebar daunnya, ditewaskan sang badang.
Comments
badang moden?
banyak badang hari ini! tapi ini badang yang luhur terhadap kasih sayang ibunya.