Saya selalu berdoa agar kita dijadikan hamba yang Allah kasihani; di padang mahsyar nanti, dapat bertemu Rasulullah dan mudah mudahan mendapat syafaat baginda yang mulia. perlindungan yang sangat kita perlukan. alangkah dalam lautan manusia dari pelbagai zaman dan kehidupan, saya sangat berharap kita dapat dijuruskan untuk bertemu Rasulullah. saya memberitahu Zahar, kami pernah melalui lautan manusia setiap kali keluar dari Masjidil Haram usai solat. kami pernah menyertai gelombang manusia ketika menuju ke kawasan melontar jamrah. ya Allah betapa kami seperti buih di lautan! atau seperti yang selalu bayangkan, kami hanya seperti debu yang berterbangan! dan arah manakah akan kita tahu di mana Rasulullah berada saat itu. Allahu akhbar!
Comments
suratan atau kebetulan ya?Petang semalam saya mengabadikan beberapa keping gambar 'buih di lautan' di komputer saya sambil berangan-angan sayalah antara 'buih-buih' yang terselit itu.
Allahu akhbar!
Terima kasih atas perhatian. Akan saya baiki nanti.
saya sudah kehilangan takwim dari thewidget!
mungkin dapat bantu meletakkannya kembali.
Seberapa yang boleh biarlah kerja dan tugas harian kita dipejabat dan dimana mana saja diterima Nya dan diberi ganjaran sebagai satu ibadat dengan ketekunan kita menjalankan tugas dengan ikhlas dan amanah berpandukan sikap keislaman. Selagi tinggi jawatan dan pangkat selagi banyak kita berpeluang meraut pahala disebalik pulangan berbentuk kebendaan.
Salaam dan selamat berpuasa.
jazakallah khair.
saya menghargai ingatannya.
salam ramadhan al mubarak buat sdr sekeluarga.