lidah yang liar

Apa antara mimpi saudara yang paling mengesankan? bukankah ia tidak kurang membuat saudara menangis saat terjaga? atau dengan segera saudara gegas berwudhu dan berdiri solat taubat? atau saudara duduk panjang dengan kembali mengingat, cuba menghimpunkan pecahan mimpi yang datangnya kembali seperti perca-perca kain yang sukar dilengkapkan. ya, ia seakan seni kolaj yang cantik untuk dilekap tapi sulit mengerjakannya. bagaimana jika saudara bermimpi gelombang besar (atau A Samad Said menggelarnya lidah yang liar dalam Lidah Tsunami). ia datangnya seperti binaan gergasi yang bergerak ke arah hotel penginapan saudara. dan saudara sedang berdiri di berandanya. Allahu akhbar! Allahu akhbar! Allahu akhbar! ke mana kita mahu larikan diri? cul-de-sac. hanya Engkau yang kami sembah dan hanya Engkau kami memohon pertolongan!

Comments

ardisia said…
Dr Mawar,
walaupun Mawar bukan Ibnu Sirin, saya sengaja mahu menanya,malam Jumaat yang lalu saya bermimpi melihat roti putih bersih dan di sebelahnya roti coklat.hmmm...kemudian terjaga.apakah maknanya ya?
Mawar said…
Ardisia,
Maaf, saya paling dungu menafsir mimpi, walau hampir setiap hari bermimpi!
Mawar said…
This comment has been removed by the author.