TAHNIAH Prof Dr Awang Sariyan , Ketua Pengarah DBP yang baru. tokoh yang sangat saya hormati kerana kerendahan hatinya dan berjiwa besar.
Posts
Showing posts from January, 2012
- Get link
- X
- Other Apps
Saya mula membenci frasa ini, pelajar adalah pelanggan. dan saya tidak perlu meminta maaf untuk kenyataan itu. saya melihat ilmu semakin dicabar apabila adab berguru kian dinafikan dalam mandala pendidikan hari ini. dahulu, saya sangat diberitahu adab apabila berhadapan dengan guru. hormat dan beralas dalam percakapan mahupun gerak hati. aduhai, sejak pulang dari kembara spiritual, hajat untuk berguru dalam bacaan al Quran belum tercapai. dan pastinya saya mahu memberitahu bakal tok guru saya, kami yang akan ke rumah tok guru. dan bukan tok guru datang ke pondok kecil kami. saya fikir itu adab berguru yang asas sekali! ilmu dan berguru bukan kerja jual beli, bukan komoditi. foto ini dari rancangan kanak-kanak yang saya cukup suka. saya senang dengan watak guru ini, Cikgu Jasmin di Tadika Mesra.
- Get link
- X
- Other Apps
Menumpang kebahagiaan orang lain, saya berasa sangat-sangat bersyukur dan mahu bersujud terus. TAHNIAH untuk kedua-dua senior di fakulti, Prof Dr Idris Aman dan Prof Dr Ekhwan Toriman yang dinaik pangkat ke profesor penuh. TAHNIAH juga kepada sahabat lama, Dr Shahidi A Hamid dan pilihan hatinya, Rawani Abu Bakar, pernah bergelar mahasiswa saya. Selamat Pengantin Baru . saya jarang mahu hadir dalam majlis perkahwinan, tapi kali ini, akan pergi kerana sudah lama tidak mendengar kompang pengantin yang membuat saya berdebar-debar... Dan sekiranya kamu membilang nikmat Allah, nescaya tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang (an nahl: 18) .
- Get link
- X
- Other Apps
Sangat dramatik, setiap kali saya singgah membaca berita-berita terbaru kampus ada judul berita takziah. saya akan terketar-ketar klik dan meneka-neka, giliran siapa kali ini. adakah saya mengenalinya? kali ini berita yang mendebarkan saya lagi. Puan Jamiah Osman , Ketua Jururawat dari Pusat Kesihatan UKM Bangi meninggal dunia semalam, 25 januari. arwah saya kenali ketika mendapatkan rawatan di PK. arwah antara yang memberi harapan dan mendoakan hajat saya dikabulkan. saya masih ingat ketulusannya mengangkat tangan dan berdoa untuk saya ketika itu. dan kali ini dengan rendah hati, menadah tangan kecil saya, mendoakan kesejahteraan abadinya di sana. al fatehah.
- Get link
- X
- Other Apps
Nun, demi kalam dan apa yang mereka tulis, berkat nikmat Tuhanmu sekali-kali kamu Muhammad bukan orang gila dan sesungguhnya bagi kamu benar-benar pahala yang besar yang tidak putus putusnya. dan sesungguhnya kamu benar benar berbudi pekerti yang agung. maka kelak kamu akan melihat dan mereka pun akan melihat siapa antara kamu yang gila. sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang paling mengetahui yang sesat daripada jalan-Nya dan Dialah yang paling mengetahui orang orang yang mendapat petunjuk. Imam solat subuh di surau kecil kami, lewat surah al Qalam, rupanya membawa saya jauh ke raudah. saya rindukan Rasulullah yang berpekerti agung! foto ini, saya namakannya dataran merpati, ia berhampiran masjid Rasulullah.
- Get link
- X
- Other Apps
Sewaktu saya menulis entri ini, di luar berdentum dentam bunyi mercun dan bunga api yang menjadi lampu langit yang sangat cantik. ya, sejak malam tadi. saya selalu teringat pemandangan lebih tiga puluh tahun lampau di whampoa road. dari tingkat dua belas rumah nenek, kami begitu seronok menunggu lampu langit yang berwarna warni itu. ia sangat ditunggu-tunggu sejak siang walau saya tahu ia akan begitu cepat menghilang. saya tahu datangnya sangat sekejap, sedang saya tidak bersedia bersedih bila langit kembali gelap. apa yang saya harapkan, hanya menanti lagi ia muncul kembali dalam mimpi ...
- Get link
- X
- Other Apps
Atau hanya saya seorang merasakan, saat menyelak takwim di buku catatan harian, melihat susunan bulan adalah seperti melihat susunan mingguan. masa sangat cepat geraknya. pernah saya menanggap, masa sangat meletus. baru rasanya menulis entri hujung minggu lalu, saya sekarang menulis entri hujung minggu ini pula. dan kali ini hujung minggu yang panjang dengan tugasan yang sedia menanti. saya menyediakan makan tengahari dan menanti tetamu yang tidak pasti datangnya. kali ini memilih hidangan meja di taman kecil, saya cepat mahu membaca surah ar rahman yang saya cinta, dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturan-Nya. Dan langit dijadikan bumbung tinggi, serta Diadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan, supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan; dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang. ya, banyak yang dituntut kesetaraan dalam hidup, termas
- Get link
- X
- Other Apps
Cuti yang panjang dengan kerja pejabat yang sudah disusun untuk diselesaikan. harapnya begitulah! sambil itu saya menyelinap antara lapis masa yang ada untuk menulis. Saya teringat petikan ini dari Brenda Uelanda , writing is not a performance but generosity. harapnya begitulah! ini foto ruang saya menulis. penjuru sederhana untuk orang kecil yang hasratnya mahu melakukan banyak perkara.
- Get link
- X
- Other Apps
Mahasiswa sudah mula bercuti. gua kerja saya menjadi begitu sunyi. di luar sesekali ada kicau burung antara pohon. bunyi latar yang sangat cantik. itu yang enaknya bekerja dari gua saya ini, apabila jendela kaca dibuka. ada beberapa yang perlu diteliti di atas meja yang penuh ini: kertas cadangan pelajar yang mahu mengkaji isu tranvestik. ada tulisan yang perlu diedit. saya selangkan sambil menghirup coklat panas dan biskut susu. sekejap saya melakar perancangan penyelidikan. kemudian saya dikejutkan tarikh-tarikh akhir kerja penulisan yang harus dikirim. sebentar saya mendengar dentingan emel atau ym atau sms. oh, inilah ruang kerja yang saya selalu impikan. tanpa mesyuarat, tanpa ada kerahan kerja, tapi selalu ada semangat membara untuk menghasilkan sesuatu. oh tiba-tiba hujan luruh tanpa semena-mena! subhanallah, saya melihat betapa cantiknya hujan di atas daun hijau yang lebar! inilah rakaman fotonya!
- Get link
- X
- Other Apps
Saya sempat bersalaman dengan perempuan tulus ini. ya, dalam sebuah persidangan universiti. saya sangat teruja bila tahu dia dari jabatan psikiatri dan dia pula nampak gembira bila tahu latar bidang saya. lebih teruja rupanya kampung asalnya berjiran dengan kampung mertua saya. kami berjanji untuk saling menghubungi. o Allah, ternyata kami berhubung lewat petang semalam menerusi perkhabaran di laman universiti. perempuan itu sudah jauh meninggalkan saya! o Allah, al fatehah dan doa panjang saya buat almarhum Prof Madya Dr Ruzanna Zamzam, pensyarah dan pakar perubatan (psikiatri) dari jabatan psikiatri, PPUKM. tiba-tiba sahaja saya teringat bait lama ini ne me quitte pas... il faut oublier tout peut s'oublier qui s'enfuit deja oublier le temps des malentendus. sengsaranya apabila ditinggalkan...
- Get link
- X
- Other Apps
Saya tahu Zahar kembali merindui Mekah dan Medinah. dari bilik kerjanya, berulang-ulang kali saya mendengar azan yang sangat memanggil-manggil untuk kita gegas berwudhu. pelbagai versi azan sedunia. ya, suara Shaikh Ali Ahmad Mulla (Masjidilharam) dan Syeikh AbdulAziz Esam al Bukhary (Masjidnabawi). dan bagaimana pula saya sangat merindui bacaan al fatehah Syeikh Salih at Talib, imam Masjidilharam yang suaranya seperti selamanya dilanda selsema. Allahu akhbar, saya benar-benar merasakan nikmatnya dilahirkan sebagai muslim! foto ini alas solat yang dihadiahkan Zahar dari Mekah buat isterinya.
- Get link
- X
- Other Apps
Kata Abang Ariffin, hadiah besar yang Allah berikan tahun ke-enam ini ialah Alif Matiin boleh membaca buku cerita sendiri. alhamdulillahi rabbil alamin. terima kasih hadiah yang disampaikan melalui T Mun. terima kasih Umi Zie dengan hadiah istimewa ini. terima kasih atas semua ucapan dan doa. ya, semoga Alif Matiin menjadi anak yang membahagiakan. dalam kereta sewaktu perjalanan pulang dari sekolah, saya hadiahkan lagu tema kami berdua you'll be in my heart. Selamat hari lahir Alif Matiin.
- Get link
- X
- Other Apps
Orang tua kata, merajuk pada yang sudi memujuk. ya, bagus sekali jika ada yang mahu mengamankan rasa kecil hati kita. Alif Matiin pernah ditinggalkan merajuk beberapa jam. dan saya pernah menjadi tukang pujuk. bagaimana pula kalau mummy Alif Matiin pula yang merajuk? alahai, ada yang ketawa nanti, rajuk orang tua, rupanya buruk sekali! pernah si Mohican itu cuba memujuk bila saya jadi angin taufan. katanya, mummy jangan merajuk, jangan menangis, mummy sudah besar, mummy bersyukurlah . anakku! saya teringat surah al furqaan: 74 dan mahu berdoa agar Allah kurniakan anak dan keluarga yang menyenangkan hati...foto ini dari taman kecil di bahagian dapur rumah. sesekali saya menyembunyikan diri di sini, menjadi tempat membawa rajuk, kononnya....
- Get link
- X
- Other Apps
Ya Allah, cepatnya masa berlalu dan saya sudah kembali ke ruang istimewa lagi di hujung minggu ini. mahu menyediakan salad menggunakan mangkuk yang baru dihadiahkan Zahar. mangkuk salad kuning. ya, kuning ialah warna tema ruang terapi saya ini. saat menyediakan bahan, saya teringat penawar yang semakin saya percaya diajukan al Quran iaitu solat dan sabar. memang menyediakan salad sangat memerlukan kesabaran kerana bahan-bahan asas yang pelbagai perlu dirapikan lebih awal. dan saya lihat ia persis menggauli sifat manusia yang sukar ditebak. antara cuba memahami dengan lapisan keliru dan tidak jarang untuk membuat saya harus menduga-duga. oh, sudah sampai masanya saya memerah sedikit lemon dalam bahan-bahan yang sedia ditambah mayonis, mustard dan taburan serbuk lada hitam! ah, sabarkah saya?
- Get link
- X
- Other Apps
Sebelah keluarga saya di Temasek, banyak yang dilahirkan dalam bulan februari. kata ibu saudara saya yang juga dilahirkan pada bulan yang sama, orang bulan februari biasanya sentimental, sensitif dan lembut hati tapi banyak angin. alahai. saya juga dilahirkan pada bulan berkenaan. ya, tidak jarang saya boleh menjadi angin. sama ada yang mengamankan atau tiba-tiba menjadi ribut taufan. atau kadangkala saya adalah angin yang mengapung, singgah sebentar di mana mana jendela yang terbuka, yang bersedia menerima saya. namun kemudian saya harus berangkat pergi bila masa berdenting dan bila takdir yang dialamatkan kepada saya tertulis sedemikian atau bila ada jendela yang ditutup saat saya tiba. begitu apabila saya adalah angin, sangat surreal...
- Get link
- X
- Other Apps
Memujuk Alif Matiin kadangkala mengambil masa berhari-hari. saya menghabiskan masa menyediakan kayu ajaib ini. terjumpa entah kayu apa terselit di celah sofa, saya mencari reben merah dan putih. di hujungnya saya ikat reben merah jambu. memang warna perempuan! tapi ternyata Alif Matiin teruja dengan permainan yang saya cipta. sebelum tidur, kami ada Allah o Allah game (menggantikan abracadabra ). sekali kayu ajaib mencecah lengan, orang itu akan bertukar menjadi apa yang disebut. pecah ketawa di bilik anak bujang saya ini apabila Alif Matiin mahu saya jadikan bapak. sebelum matanya terlelap, Alif Matiin minta saya buatkan kayu ajaib baru berwarna merah dan hijau pula. oooooo!
- Get link
- X
- Other Apps
Dalam konflik yang banyak setiap hari, antara celaru dan keliru, antara marah dan gelisah, antara rasa ikhlas atau mahu terus berkeras, alangkah dan alangkah saat membuka peti surat di pejabat, ada yang mencelah. tiba-tiba ada cokelat bersama nota yang dikirim tanpa kita sangka sama sekali. ya, kadangkala saya percaya pada khabar yang dibawa angin dan saya mahu meneruskan perjalanan dengan penuh rasa syukur. dan segala-gala yang keluar dari kotak surat, begitu mengilhamkan. sangat mengundang pujukan untuk saya berdamai dengan peperangan perasaan sendiri.
- Get link
- X
- Other Apps
Selain membuka buku masakan (dan mencuba resepinya!), hujung minggu yang tidak perlu ke mana-mana ini, ternyata peluang besar untuk mengemas rumah dan duduk berjam-jam di laman kecil kami dengan semangkuk aiskerim, :-) atau menikmati novel yang menunggu giliran untuk dibaca. ya, memang banyak yang mahu dilakukan apabila sepanjang minggu kerja, tumpuan lebih berat untuk ehwal pejabat. kasihan Alif Matiin, apabila hanya baru sekarang biliknya dapat dirapikan. kita kemas sama ya sayang mummy! foto ini bukan dari kamar peribadi Alif Matiin, tapi menjadi impiannya, saya percaya.
- Get link
- X
- Other Apps
Hari sabtu, dan ini hujung minggu yang tidak membawa kami ke mana-mana! hurrah! sejak pagi saya di dapur. menyiapkan minum pagi dan langsung untuk makan tengahari. enaknya, sudah sekian lama saya rindukan matahari masuk antara celah kotak jendela lalu jatuh ke dinding dan lantai dapur. ya, sudah lama rasanya saya tidak menikmati sinar matahari pagi yang sangat membahagiakan saat saya berada di ruang istimewa ini! alhamdulillahi rabbil alamin. foto ini bukan dari dapur saya tapi ia sangat mengilhamkan.
- Get link
- X
- Other Apps
Ini adalah biskut kegemaran bonda. saya juga akhirnya turut minat. jarang mendapatinya dari mana-mana kedai, apabila terserempak, biasanya saya akan membeli dalam bilangan yang banyak. ia bukan sahaja mempunyai rasa yang istimewa, saya dapati ia sangat membantu saat saya diserang sakit kepala. ya, saya mudah sakit kepala. gabungan biskut halia dan air halia/teh halia panas akan cepat meredakan, alhamdulillahi rabbil alamin. atau selain membeli dari kedai, saya mahu cuba menyediakannya dari dapur sendiri. ya saya akan cuba apabila sakit kepala ini kembali reda...
- Get link
- X
- Other Apps
Menjelang azan maghrib, tetangga kami menerima khabar pemergian ayahnya. saya mendakap lama tetangga saya itu untuk meredakan tangis dan sebaknya. dalam saat tertentu dapat saya rasakan gelombang dan debar yang melanggar dadanya. o, bukankah saya sedang melalui sejarah besar dalam hidupnya apabila kehilangan ayah tercinta? apalagi yang saya dapat bisikkan saat saya meletak dagu di bahunya selain sabar dan redha. kemudian, betapa saya membayangkan selama kurang lebih lima jam perjalanan pulang ke halaman keluarganya di utara, selama itulah kesedihan yang panjang begitu mengepung jiwanya. ya Allah itulah saat sengsara dan seribu hiba! saya tahu sepanjang lima jam itu tetangga saya akan kembali ke zaman kecilnya digendong ayah sehingga dia menjadi sekarang, menggendong anak sendiri. banyak kenangan yang berebut masuk dan tetangga saya pasti akan menangis lagi. saya berdoa semoga tetangga saya diberikan kelapangan hati dan dibuang segala kesedihan. ya, saya berjanji untuk mendoakan ke
- Get link
- X
- Other Apps
Suatu yang bagus kami ingin mulakan tahun 2012 ini ialah mendapatkan alat pengisar buah-buahan. kami ingin amalkan minuman sari buah misalnya epal, limau, pisang dengan bauran peria atau sahaja dengan mengkudu! ada beberapa resipi sari buah-buahan yang diberikan ibu saudara untuk amalan minuman kesihatan. saya teringat sewaktu di Nanyang, saya gemar memesan minuman buah-buahan dari sebuah gerai di kantin kampus yang khas menjualnya. malah kami boleh mendapatkan ramuan bancuhan untuk tujuan tertentu misalnya apa yang harus diambil saat batuk, demam atau cuaca panas. saya mengimpikan gerai yang sama ada di kampus Bangi.
- Get link
- X
- Other Apps
Ini yang saya bisikkan ke telinganya saat kami berdakapan erat, semoga terus dirahmati. terus merah, terus bersemangat. kerana saya mahu menumpang semangat itu. ya, saya sudah sekian lama tidak meraikan tahun baru masihi (meraikan beriya-iya maal hijrah dan kebetulan hari lahir saya mengikut takwim hijrah). 1 januari sering diraikan dalam keluarga kecil kami sebagai hari lahir insan istimewa iaitu nenda saya. tahun 2012, nenek berusia lapan puluh. ya, memang saya masih punya nenek yang berusia itu dan masih sihat. alhamdulillah. meraikan tarikh khusus itu bermakna ia perhimpunan ahli keluarga. semua bertukar salam dan rindu. ia ternyata selalu menyimpan kenangan yang manis sekali. mengapa merah dalam ucapan selamat saya buat nenek? itu warna kesukaannya. dan saya tahu ia warna yang memberi kuasa luar biasa. sebelum berpisah lewat malam itu, saya mendakap nenek lagi seraya mengucapkan, hingga jumpa lagi dan salam kasih sayang saya. sewaktu menyeberangi tambak johor meninggalka