Saya tahu Zahar kembali merindui  Mekah dan Medinah. dari bilik kerjanya, berulang-ulang kali saya mendengar azan yang sangat memanggil-manggil untuk kita gegas berwudhu. pelbagai versi azan sedunia.  ya, suara Shaikh Ali Ahmad Mulla (Masjidilharam) dan Syeikh AbdulAziz Esam al Bukhary (Masjidnabawi). dan bagaimana pula saya sangat merindui bacaan al fatehah Syeikh Salih at Talib, imam Masjidilharam yang suaranya seperti selamanya dilanda selsema.  Allahu akhbar, saya benar-benar merasakan nikmatnya dilahirkan sebagai muslim! foto ini alas solat yang dihadiahkan Zahar dari Mekah buat isterinya.

Comments

ardisia said…
cantik,cantik.amatlah sesuai sesuatu yang cantik diberikan untuk orang yang cantik juga.mula dah,mula dah.hati saya mula menyanyi,"cantik luar cantik dalam...".saya perasan yang suara saya seakan-akan menghidung atau selsema sentiasa.tetapi sejak sebulan yang lalu hingga saat ini suara saya serak pula.walau apa pun,alhamdulillah.
Mawar said…
Ardisia
saya suka suara yang begitu...
ardisia said…
hmm...saya mesti sentiasa bersyukur, Bukankah saya masih punya suara? Pernah pada suatu ketika, semasa beraya di Taiping tahun 2000, saya hilang suara!
Mawar said…
Ardisia,
hah, hilang suara?
ardisia said…
(biar benar?)he..tolong soal.benar dong!bulan lepas,nyaris..syukur,walaupun masih serak ala-ala penyanyi rock,syukurlah. cuba bernasyid tadi,hmm..sudah jadi nasyid rock!(suara sahaja rock).