Hari sabtu, dan ini hujung minggu yang tidak membawa kami ke mana-mana! hurrah! sejak pagi saya di dapur. menyiapkan minum pagi dan langsung untuk makan tengahari. enaknya, sudah sekian lama saya rindukan matahari masuk antara celah kotak jendela lalu jatuh ke dinding dan lantai dapur. ya, sudah lama rasanya saya tidak menikmati sinar matahari pagi yang sangat membahagiakan saat saya berada di ruang istimewa ini! alhamdulillahi rabbil alamin. foto ini bukan dari dapur saya tapi ia sangat mengilhamkan.
Comments
Saya selalu mengikuti tulisan di laman Dr. Mawar ini. Setiap entri baru amat mengujakan kerana bahasanya lembut dan puitis. Adakala terlalu akrab dengan diri.
Selamat berhujung minggu! ;)
Mengilhamkan harapan, mencipta masa depan...wah, aspirasi UKM dalam dapur Chef Mawar!
terima kasih kerana mengikuti tulisan saya di sini. alhamdulillahi rabbil alamin. saya cintakan bahasa Melayu yang indah dan saya mahu ia terus tumbuh!
selamat berhujung minggu buat sdr juga!
sebolehnya saya tidak mahu membawa balik yang "rasmi" dalam ruang peribadi ini. seperti yang saya kata, ini mandala istimewa :-)
Murtabak Singapura satu!