Dalam konflik yang banyak setiap hari, antara celaru dan keliru, antara marah dan gelisah, antara rasa ikhlas atau mahu terus berkeras, alangkah dan alangkah saat membuka peti surat di pejabat, ada yang mencelah. tiba-tiba ada cokelat bersama nota yang dikirim tanpa kita sangka sama sekali. ya, kadangkala saya percaya pada khabar yang dibawa angin dan saya mahu meneruskan perjalanan dengan penuh rasa syukur. dan segala-gala yang keluar dari kotak surat, begitu mengilhamkan. sangat mengundang pujukan untuk saya berdamai dengan peperangan perasaan sendiri.
Comments
dan saya seakan mendengar Dr. Mawar berbisik dengan angin...hebat!
angin adalah sahabat baik saya!