Memujuk Alif Matiin kadangkala mengambil masa berhari-hari. saya menghabiskan masa menyediakan kayu ajaib ini. terjumpa entah kayu apa terselit di celah sofa, saya mencari reben merah dan putih. di hujungnya saya ikat reben merah jambu. memang warna perempuan! tapi ternyata Alif Matiin teruja dengan permainan yang saya cipta. sebelum tidur, kami ada Allah o Allah game (menggantikan abracadabra). sekali kayu ajaib mencecah lengan, orang itu akan bertukar menjadi apa yang disebut. pecah ketawa di bilik anak bujang saya ini apabila Alif Matiin mahu saya jadikan bapak. sebelum matanya terlelap, Alif Matiin minta saya buatkan kayu ajaib baru berwarna merah dan hijau pula. oooooo!

Comments

JBSKMKJ said…
dengan penuh sabar melayan anak kecil..kasih ibu membawa ke syurga..kasih bapak sepanjang zaman.

kesibukan kerja hari ini,meruntun pengorbanan masa di pejabat atau di tempat kerja menyebabkan ramai ibu bapa yang cepat bosan dan mengeluh apabila mahu melayan anak-anak di rumah.

tauladan yg ditunjuk oleh Dr., sesuatu yang amat dipuji kerana masa anak-anak membesar tidak akan berulang lagi dan kenangan bersama kekal sepanjang hayat.
Chempaka Aizim said…
Dr dan Aliff samaa-sama comel! hihi. kalau tidak ada kayu, boleh guna yang ada di bilik Dr Shaiful. kayu hoki dan kayu kriket pun jadilah!
Mawar said…
Nai
saya mummy yang garang juga!
Mawar said…
Makcik Norziati,
AM akan tersipu-sipu kalau mendengar pujian ini. terima kasih ya!
Mawar said…
Chem
nak kena cubit?!
safwanrazali said…
Dr.Mawar kena sediakan banyak riben di rumah.. he3 :) pasti Alif nak warna biru pulak lepas ni..
Mawar said…
Safwan
hahaha, ya. nanti saya dapatkan! artikel Safwan sedang saya edit. nanti saya kabarkan. terima kasih.