Suatu yang bagus kami ingin mulakan tahun 2012 ini ialah mendapatkan alat pengisar buah-buahan. kami ingin amalkan minuman sari buah misalnya epal, limau, pisang dengan bauran peria atau sahaja dengan mengkudu! ada beberapa resipi sari buah-buahan yang diberikan ibu saudara  untuk amalan minuman kesihatan. saya teringat sewaktu di Nanyang, saya gemar memesan minuman buah-buahan dari sebuah gerai di kantin kampus yang khas menjualnya. malah kami boleh mendapatkan ramuan bancuhan untuk tujuan tertentu misalnya apa yang harus diambil saat batuk, demam atau cuaca panas. saya mengimpikan gerai yang sama ada di kampus Bangi.

Comments

Rositah Ibrahim said…
saya juga tercari-cari pengisar yang sama, dgn harga yang munasabah.Terbayangkan carrot dan orange...
Mawar said…
Itah
kalau jumpa yang bagus, khabarkan ya!