Ini adalah biskut kegemaran bonda. saya juga akhirnya turut minat. jarang mendapatinya dari mana-mana kedai, apabila terserempak, biasanya saya akan membeli dalam bilangan yang banyak. ia bukan sahaja mempunyai rasa yang istimewa, saya dapati ia sangat membantu saat saya diserang sakit kepala. ya, saya mudah sakit kepala. gabungan biskut halia dan air halia/teh halia panas akan cepat meredakan, alhamdulillahi rabbil alamin. atau selain membeli dari kedai, saya mahu cuba menyediakannya dari dapur sendiri. ya saya akan cuba apabila sakit kepala ini kembali reda...
Comments
saya maklum dan terima kasih.
aduhai, senasibnya kita dalam banyak hal. cubalah sumber dari halia ini. orang kata, sakit kepala akan hilang bila angin keluar. kroniknya saya, akan sampai muntah (maaf).
ps: saya sudah jumpa pengisar sari buah yang ok :-)
ouch, sakit kepala juga?! :-(
Syakilla,
ya boleh cuba resepinya. klik pada caption foto. selamat mencuba!