Mahasiswa sudah mula bercuti. gua kerja saya menjadi begitu sunyi. di luar sesekali ada kicau burung antara pohon. bunyi latar yang sangat cantik. itu yang enaknya bekerja dari gua saya ini, apabila jendela kaca dibuka. ada beberapa yang perlu diteliti di atas meja yang penuh ini: kertas cadangan pelajar yang mahu mengkaji isu tranvestik.  ada tulisan yang perlu diedit. saya selangkan sambil menghirup coklat panas dan biskut susu.  sekejap saya melakar perancangan penyelidikan. kemudian saya dikejutkan tarikh-tarikh akhir kerja penulisan yang harus dikirim. sebentar saya mendengar dentingan emel atau ym atau sms. oh, inilah ruang kerja yang saya selalu impikan. tanpa mesyuarat, tanpa ada kerahan kerja, tapi selalu ada semangat membara untuk menghasilkan sesuatu. oh tiba-tiba hujan luruh tanpa semena-mena! subhanallah, saya melihat betapa cantiknya hujan di atas daun hijau yang lebar! inilah rakaman fotonya!

Comments

Md Shukri Hamzah said…
Teringat saya kepada kamar kerja Dr. itu yang sukar dicari jika tidak bertanya kepada yang tahu..hehehe.
Mawar said…
Sdr Shukri
ya, gua kerja saya memang tersembunyi. halimunan. kecuali bagi yang bertanya :-)