Melihat buku kira-kira AM di rumah yang banyak bertanda merah, membawa saya kembali ke kerusi sekolah. Saya juga seperti AM yang sering gagal dalam ujian matematik. Saya tidak tahu apa yang diajar guru, faedahnya untuk masa depan saya, ketika itu. Sekarang memikirkan dungunya saya terhadap kira-kira dalam kehidupan, saya menyesali pernah mengecam mata pelajaran itu malah selalu mencela kerja rumah yang tidak masuk akal. Ya, sekarang hampir usia separuh abad atau mungkin saja tinggal sedikit bakinya, saya menebak saya akan jadi bijak menilai apa yang berlaku dalam masyarakat sekarang jika saya menguasai ilmu kira-kira di sekolah dahulu. Misalnya menjawab persoalan, mengapa wang yang diperoleh daripada hasil kerja harus saya berbahagi bukan sahaja untuk ibu bapa malah kerabat, sahabat, anak yatim, faqir, mereka yang meminta-minta atau juga yang tidak. Dengan hukum matematika, mungkin saya lebih faham mengapa zakat yang sudah disalurkan, maka tidak akan ada lagi kesengsara...