Antara pesan asuhan Ustaz Dhuha kami bahawa hidup ini bukan hanya tentang diri. Hidup adalah untuk memberi dan bermanfaat kepada yang lain. Persis itu kata-katanya; yang selama ini sangat menyalakan sukma. Ia juga akhirnya membuat rasa kasih dan kasihan seperti garis laut yang kelihatannya sangat tidak bertepi. 

Comments

Anonymous said…
Menjegah blog berwajah baru yang manis ini juga satu pemberian..apatah lagi membaca catatan yang memberi inspirasi juga pemberian dan penerimaan.Teruskan memberi walau kadang- kadang tidak diterima seperti yang kita harapkan.Kerna inilah ujian mencari keikhlasan.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Terima kasih sedalamnya. Ya, ternyata tidak mudah juga untuk berikhlas.
Anonymous said…
Tidak ramai yang sedia menyertai pembudayaan memberi. Saya sering dipujuk untuk tidak kecewa kerana yang memiliki dan membolakbalik hati manusia adalah Tuhan juga. Kita hanya diminta untuk mengajak dengan pendekatan paling berhikmah dan meyakinkan bahawa setiap peluang yang datang untuk memberi adalah anugerahNya yang ramai tidak menyedari dan meyakini.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Terima kasih. Benar, tidak harus ada kecewa kerana ia adalah kurnia sedang tidak semua juga yang menjadi pilihan-Nya. Subhanallah.