Foto yang mungkin ironi untuk mewakili perasaan saya. Kedudukan tempat tinggal mahupun kampus tempat saya mencari rezeki, sangat jauh dari garis pantai. Saya selalu mahu dekat dengan firus laut mahupun menerima sapaan angin kering yang asing namun mahu bersahabat. Ternyata ia seperti kasih sayang yang sangat rahsia sifatnya. Ia boleh sahaja beruntaian tanpa perlu bersua. Benar sekali apabila Syawal kali ini saya bertemu dengan dua susuk pikun yang sekian masa menyimpan rindu sejak saya baru kenal buku. Subhanallah. Kebetulan saja saya membaca baris Sonet 7 Sapardi, tulisnya,  ada jarak yang harus ditebas kalau kita mahu menerima pertemuan ini dengan ikhlas. Allah ya Allah. Suz, terima kasih lagi fotonya. 

Comments

Anonymous said…
Sukar memahami maknawi tulisan sdr kali ini. Namun, yang mampu diterka adalah erti pertemuan dan perkenalan yang terjadi meski tanpa bersua. Ada logisnya ungkapan menebas jarak yang hanya berada pada ruang psikik untuk menerima sesuatu pertemuan dengan tulus. Semoga perkenalan sdr dengan dia tekal dan abadi.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Terima kasih. Mudah-mudahan. Jalan yang terindah dan sebuah kurnia.