Saya baru tahu bahawa antara asuhan Rasulullah (salawat dan salam ke atas baginda dan keluarga!), menggantung rotan sebagai ingatan dalam mendidik anak-anak. saya melihat ia juga asuhan yang halus untuk ibu bapa menjalankan kewajiban yang selayaknya. Alif Matiin pernah dihukum dengan rotan dan ia membuat saya tak mampu menahan air mata. sama juga saya menahan sebak setiap kali si Mohican saya itu menjadi muazin di ruang solat kami. menyusun sejadah di awal solat dan cepat cepat mahu dapatkan bapaknya tasbih dan kitab sebaik seusai jemaah. oh! sekarang rumah sunyi. Alif Matiin sedang bersuka ria di kampung wan dan atuk. dan saya rindukan suara muazin kami!
Posts
Showing posts from May, 2012
- Get link
- X
- Other Apps
Saya semakin tua, dan rasanya naluri saya semakin cermat membaca perubahan suasana atau rasa. saya mengambil satu keputusan yang aneh hari ini. tiba-tiba saya teringat puisi Ke Ruang Katarsis Zaen Kasturi. Kita tidak lagi pernah bertanya kenapa manusia harus jadi manusia tanpa menolak kebenaran untuk jadi manusia yang tegar meniup seruling kemanusiaan yang ligat memetik kecapi keluhuran kerana kita lupa apa yang tersimpan di album bangsa. tiba-tiba pula kemudiannya saya merasakan, enaknya berlama-lama di spa, ya pada pertengahan minggu bekerja? idea yang menarik juga!
- Get link
- X
- Other Apps
Si comel Yaya Kuliah hanya berbaki seminggu lagi. selepas itu mahasiswa akan sibuk dengan ujian dan kemudian akan riang ria di kampung halaman masing-masing. minggu ini antara yang dibincangkan tentang harga sastera zaman ini menerusi sayembara yang dianjur. harga SN baru ditingkatkan ke RM60, 000. harga sebuah buku mengandungi 20 cerpen atau sebuah buku akademik yang jadi juara ialah RM10, 000. nilai cerpen yang menang ialah RM1000 (atau RM800). mata saya berpinar-pinar bila diberitahu hadiah besar artis mania (?) bernilai setengah juta. mahasiswa berbahas isu popular lwn serius . saya rasa mahu pitam! mahu pengsan seperti baru menjamah biskut Yaya.
- Get link
- X
- Other Apps
Ada sahabat saya yang hidup sendiri, mahu berbahagi kesepiannya. saya melihat kesendiriannya adalah jalan untuk dia (dan saya juga) diasuh untuk menyedari bahawa suatu saat nanti, kami juga akan sendiri. ya, kita akan sendiri nanti. dan saya juga melihat betapa indahnya banyak waktu dia dapat berbuat kebaikan tanpa gangguan. saya teringat isi firman Allah, at taghaabun: 14, ... isteri dan anak menjadi musuh.. . saya doakan semoga Allah meriangkan hatinya dalam sunyi yang panjang itu...
- Get link
- X
- Other Apps
Hujung minggu yang riang! saya sempat tenang-tenangkan diri di salon Ozie dan kemudian ke kelas masakan. oh, apa yang lebih meriangkan hati setelah sepanjang minggu duduk lama di bilik kerja; membaca kerja mahasiswa, membaca minit mesyuarat, membaca bahan audit, membaca emel rasmi, membaca manuskrip yang tidak siap-siap, membaca bahan penyelidikan, bahan kuliah, di samping membaca sama marah, rajuk, kecil hati, salah faham manusia juga...
- Get link
- X
- Other Apps
Saya akhirnya bertemu dengan seorang kenalan lama dari bangku sekolah. dia terperanjat apabila diberitahu betapa banyaknya dia mengirim ilham lewat karya saya selama ini. saya katakan, memang banyak dalam hidup yang menumbuhkan cerita dalam diam, memberi makna dalam ketidaktahuan, menawarkan keterujaan tanpa sedar. teman saya itu sekarang dalam bidang teknologi dan saya ragui sama ada dia memahami apa yang saya cuba jelaskan dengan laras bahasa yang mungkin padanya aneh. ya, memang banyak isyarat hati yang tidak mampu terhantar oleh kata, apalagi tanda yang datang seperti bayang-bayang. sedang ia tidak mudah juga untuk diterima setelah jaraknya masa yang memindah-mindahkan banyak mimik peribadi.
- Get link
- X
- Other Apps
Sempat hadiri diskusi menarik ini. banyak perkara baru yang diberitahu mantan paderi @ pengampun dosa antarabangsa katolik ini. antaranya bagaimana akhlak dalam hubungan persaudaraan, menjadi tarikan utamanya untuk menguasai masyarakat Islam. saya segera teringat sabda Rasulullah, umat hujung zaman seperti buih di lautan - banyak tetapi lemah. deritanya umat hujung zaman adalah kerana menularnya satu penyakit yang dinamakan al wahn @ cintakan dunia dan takutkan kematian. Allah, Allah, Allah, ampunkan saya kerana banyaknya masa saya dalam sehari tidak sudah sudah dikepung penyakit itu. dan kepungan itu sangat berkuasa!
- Get link
- X
- Other Apps
Satu pengalaman bersama guru yang saya tidak dapat lupakan ialah mendapat markah 29/25; ia untuk kertas geografi sewaktu saya di tingkatan enam sekolah (p) sultan ibrahim, johor bahru. dan guru yang kerap memberi markah A+ itu ialah Cikgu Daim. dan sejak menjadi guru, saya tidak pernah pula memberikan pelajar-pelajar saya markah luar biasa seperti Cikgu Daim! saya tidak tahu di mana cikgu sekarang. namun, saya mahu mengucapkan selamat hari guru yang istimewa diiringi doa setulusnya semoga cikgu dirahmati selalu. juga buat semua guru saya dan semua yang bergelar guru, terima kasih cikgu!
- Get link
- X
- Other Apps
Saya kehilangan buku lagi! kali ini buku resepi. ia antara buku masakan yang saya gemari kerana terdapat beberapa halaman yang saya pernah cuba dan menjadi. oh, di mana buku Chef Sabri ya? lazimnya saya menyedari buku-buku saya hilang hanya apabila ia hendak digunakan. cerita yang sama dengan buku-buku yang disimpan di bilik kerja di kampus. kali ini buku masakan saya pula yang entah di mana. saat mahu memasak untuk omak mertuo den sempena hari ibu, saya mencari buku yang mengandungi resepi nasi morocco @ nasi arab. alhamdulillahi rabbil alamin, saya pernah menyimpannya di catatan tanggah!
- Get link
- X
- Other Apps
Antara ajaran Islam ialah mendekati dan selalu duduk dengan orang soleh. ketika kecil di kampung Temasek, saya suka mengintai sebuah rumah yang bergelar haji. saya memanggilnya tok haji. saya suka melihat wajah tuanya yang bersih, saya percaya ia adalah cahaya wudhu dan ketaatannya kepada Allah. saya juga suka belajar muqadam di surau kami yang bertangga kayu dari seorang haji yang rumahnya bersebelahan perigi. saya teruja belajar tulisan jawi dari seorang datuk yang akhirnya hilang penglihatan. saya suka bersama mereka kerana berasa nyaman seperti ada pawana halus selepas hari hujan yang menghantar rasa tenang dan sentosa dalam jiwa kecil saya ketika itu. saya juga rasa dilindungi oleh keindahan iman serta kecintaan kepada Allah yang mereka punya. perasaan mahu berjumpa dan duduk dengan orang-orang soleh, hingga kini saya rindukan. sedang usia saya semakin tinggal sedikit bakinya dan saya kian merasakan kesedihan yang panjang. pawana lepas hari hujan yang m...
- Get link
- X
- Other Apps
Bermimpi bulan yang banyak di langit, apa isyarat yang mahu dikirim? kemudian pula muncul sahabat yang berdiam lama. seakan mahu memberitahu khabar yang disimpan sekian masa. oh Allah, saya memohon ampun. terlalu banyak rahsia, terlalu banyak kata yang tidak mampu dirapikan sebagaimana cantiknya madah mahupun syair atau gurindam. sedangkan saya juga mahu menyatakan segala yang tersembunyi, segala yang saya sendiri tidak pernah duga atau sangka. o sahabat, mahukah saya dimaafkan kerana membiarkan diam menunggu lama?
- Get link
- X
- Other Apps
Dalam bersunyi, saya melihat banyak sisi saya diasuh bonda dengan didikan yang halus. tentang hal-hal kecil. saya diasuh bonda untuk memohon maaf ketika bersin atau batuk. menadah tapak tangan ketika makan biskut agar jangan sisanya bertabur. meletak pinggan di meja tanpa bunyi yang menyakitkan hati. elak mata ke pinggan kawan yang baru menyenduk makanan. saya berterima kasih diasuh bonda untuk selalu tahu mengukur baju di badan sendiri. selalu tahu membawa diri. selalu sedar di mana kita berada dan selayaknya bagaimana kita harus mewakili peribadi. saya malu berada pada tempat yang tidak seharusnya saya berdiri. dan asuhan itu masih panjang senarainya dalam ingatan. saya pulang ke riba bonda hujung minggu ini. konon mahu merai hari ibu, yang rupanya minggu hadapan! ah, yang penting tangan tuanya dapat dikucup dan saya dapat memohon ampun!
- Get link
- X
- Other Apps
Sekali lagi untuk penganugerahan tahun 2011, kami mahu meraikan penerima Hadiah SEA Write. ia tanda menghargai. ia tanda kami cintakan kesusasteraan Melayu. syabas kepada mahasiswa saya yang kenal erti bersyukur, berterima kasih. acara ini berlangsung di Dewan Kuliah 3F201, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM. jumpa ya!
- Get link
- X
- Other Apps
Mengapa saya suka ke masjid? di sanalah ruang yang melapangkan. ia adalah penjuru yang paling mengamankan, penuh barakah. seperti kata seorang rakan akademik yang sering saya dakap dan bersalaman seusai berjemaah, ini bukan tempat pelarian, sebaliknya ia perlindungan. o Allah. kami memohon perlindungan daripada segala jalan yang salah. kami memohon dipelihara selalu hati kami yang cuai. kami memohon iman saat hasutan angin datang mencelah. o Allah, ampunkan kami. ampunkan kami. ampunkan kami!